Showing posts with label Info. Show all posts
Showing posts with label Info. Show all posts

Sunday, January 5, 2014

Tahun 2014




Salam...

Dah lame saya tak update blog saya ni... Masa sibuk... Dan tak terpikir untuk menulis apa...  

Tak terlewat saya nak ucapkan selamat tahun baru 2014.. Saya yang tak pernah ada azam yang baru... Cuma mengharapkan kebaikan kejayaan kesihatan yg baik. Bertambah rezeki... 



Tahun ni juga anak saya masuk darjah satu. Sek kat puchong jaya... Sekolah agama kat tmn mawar... Moga dia menjadi insan yg berguna dunia akhirat inshaAllah... 


Mak ng ayah saya dah pindah. Dah lama pindah dari johor... Rumah taman daya tu dah jual buat pengetahuan org yg membaca ni... Mungkin sbb kami adik beradik berada di selangor... Faktor mak ayah pindah... Dekat ng anak2... Dan kami pon boleh selalu jenguk mak ayah dan sebalik ny... Tapi yg selalu ny senang mak ayah nk jenguk anak cucu nya... Eheh! Hehe... 

Tak ade apa yang diharapkan dalam thn baru ni cuma mak sihat seperti dulu... Moga Allah membuka pintu kebenaran... Dan sesungguhnya kami tak pernah berhenti mendoakan agar mak cepat pulih seperti dlu... Amin... 

Wasalam...

Monday, August 26, 2013

Sunday, July 7, 2013

Niat Puasa



Salam,

Sempena bulan puasa nak tiba lagi 2hari saja... Meh kita refresh mcmana niat untuk berpuasa... Dan tak lupa doa nak buka puasa.... Eheh! Hehe...



Selamat Menyambut Ramadhan Al Mubarak...


Tetiba...



Salam,

Hari ni hari cuti saya... Banyak mende yang saya nak buat... Ingat nak masak inti tat... tapi dah tetiba terbuka blog... Dan tetiba rase nak tukar templates... dan tetiba saya rasa nak update blog... Dan tetiba juga rasa cam nak aktif semula dalam blogging ni semula... Walaupon tak lah se terer orang lain but saya akan cuba...

Hari ni husband keje... sejak2 naikpangkat nihh, workload dia pon bertambah. Takpe lah untuk kami sekeluarga juga. Eheh! Timing kije pon dah ubah... Masuk kul 8pg, balik kul 6ptg... keje 5 hari semgu... Yelah tu... Arini dok ngan Ammar kat umah...

Oklah... saya nak buat apa yang patut dulu... Selamat berhujung minggu...


Enjoy lagu feveret saya dari cerita Teduhan Kasih, Hanya Aku - Hyperact

Tuesday, May 8, 2012

Sambutah Hari Ibu itu haram?

Salam...

Selama ini tidak pernah saya tahu yang sambutan Hari Ibu atau Mothers' Day itu haram disisi agama. Itupun selepas saya menonton kat Youtube yg diceramahkan oleh Ustaz Azhar Idrus tentang sambutan Hari Ibu ni... Ni adalah sedutan yang saya tonton kat youtube...



Dan kebetulan ada pulak blog dakwah menceritakan tentang Sambutan Hari Ibu or Mother's Day ini.... Saya baca di sini.... oh! islam.

Di dalam Islam, kita dituntut untuk menghormati ibu bapa kita setiap hari dan setiap masa dan ketika. Bukan hanya terhad pada hari2 yang tertentu sahaja seperti Hari Ibu atau Hari Bapa...

Semoga dengan ini, kita mendapat pengajaran... dan sama2 kita menuju ke arah kehidupan yang diberkati Allah....

Wednesday, January 11, 2012

Kurma Ajwa



Diceritakan Pada suatu hari Rasulullah S.A.W sedang berpuasa dan apabila tiba waktu untuk berbuka puasa satu makanan pun tidak ada untuk dimakan oleh baginda.

Malaikat Jibril yang melihat keadaan Rasulullah S.A.W sedemikian merasa sedih lalu ia memohon kepada Allah S.W.T supaya mengurniakan sesuatu makanan untuk rasul kesayangan-Nya berbuka puasa, lalu Allah S.W.T yang sememangnya Maha Mengetahui segalanya memperkenankan permintaan malaikat Jibril tersebut dan diberikanlah buah kurma yang istimewa ini untuk Rasulullah S.A.W berbuka puasa.

Setelah selesai iftar, biji buah kurma tersebut kemudian ditanam oleh Rasulullah S.A.W. Bermula dari peristiwa itulah seterusnya pokok kurma Ajwa ni membesar di kawasan Madinah. Dan dimaklumkan juga kurma Ajwa tidak akan hidup dan berbuah di mana-mana tempat selain Madinah.

Diriwayatkan oleh Imam Bukhari yang bermaksud : “Diceritakan oleh Jumaah bin Abdullah yang disampaikan oleh Marwan yang mendapat berita daripada Ibnu Hashim bahawa Amir bin Saad mendengar bapanya meriwayatkan Rasulullah s.a.w. bersabda : “Sesiapa yang memakan 7 biji tamar ‘Ajwah’ dia akan terkawal daripada kejutan syaitan dan sihir pada hari itu”.

Saidina Ali r.a. meriwayatkan “Barang siapa yang memakan 7 butir tamar setiap hari, ia akan membunuh semua kuman di dalam badannya”.

Riwayat daripada Muhammad b. Ali al Husayn bermaksud:” Kurma Ajwa adalah daripada syurga dan daripadanya ia menjauhkan racun (Al-Samm)”

Hadis Rasulullah s.a.w. : “Berilah makan buah kurma kepada isteri-isteri kamu yang hamil, kerana sekiranya wanita hamil itu memakan buah kurma, nescaya anak yang bakal dilahirkan itu, menjadi anak yang penyabar, bersopan santun serta cerdas pemikirannya.”





ehsan dari : urut dan rawat

Sunday, December 25, 2011

Hukum UCAP MERRY CHRISTMAS

Assalammualaikum...kat sini ada soal jawab pasal isu UCAP MERRY CHRISTMAS kepada non muslim yg telah dijawab oleh Ustaz Azhar. Yang ni jawapan2 yg telah dikumpulkan untuk dibuat satu status lengkap supaya semua dapat baca terus...semoga bermanfaat.


Soalan 1 : Ramai sangat ke Kristian kat Malaysia ni? setahu saya ada 9.1% je Kristian. tapi kenapa ramai yang sungguh2 tanya pasal Christmas ni? seolah2 Kristian yg ada kat Malaysia ni bukan 9.1%, tapi 91.0% pulak


-Ustaz Azhar Idrus ( Original ) tu la...tak sibuk nak ucap yg Nabi saw suruh ucap...doa dan zikir byk lg yg tak reti..


Soalan 2 : Betul dok ni? ..Jangan Ucap Merry christmas!! ..Christmas adalah hari untuk orang kristian. Dan menurut kristian apabila anda mengucap "Merry Christmas" anda secara tidak sengaja mengaku Allah mempuyai anak..


-Ustaz Azhar Idrus ( Original ) dah larang sokmo tp jenis melayu ni degil..


Soalan 3 : apa hukum kalau pergi ke rumah org yg buat jamuan sempena majlis perayaan krismas?


-Ustaz Azhar Idrus ( Original ) harus cuma jgn buat amalan2 berkait agama mereka..


Soalan 4 : Apa hukum seseorang mengucapkan selamat hari krismas pada rakan2 yg menyambutnya? 2) Sekiranya, rakan2 (drpd sabah sarawak) membuat majlis sambutan krismas bersama sedikiit jamuan makan, boleh ke kita turut serta dlm jamuan tersebut?


-Ustaz Azhar Idrus ( Original ) 1. ucap tahniah sahaja..jgn ucap merry atau selamat.. 2. bolih jika rakan kerja atau jiran sebelah..jgn ucap atau buat2 apa2 yg berkait dgn agama..sekadar hadir menjamah jamuan yg halal sahaja...


Soalan 5 : mengucapkan merry christmas kepada non muslim.. jatuh haram ke? ..org non muslim ni dah tau dah kita x leh ucapkan merry xmas.. so diaorg pun x ucapla selamat hari raya...jadi mana keharmonian kat situ? .. Nabi sendiri pun bile didatangi tetamu/raja non muslim.. baginda layan elok2..


-Ustaz Azhar Idrus ( Original ) bolih ucap dgn lafaz ..tahniah sahaja..jgn ucapkan dgn lafaz salam.. kalau kafir tak mau ucap selamat hari raya tak jadi msalah dan bukan tanda tak harmoni kalau kafir tak ucap selamat hari raya... zaman Rasulullah saw masih hidup pun kafir2 tak ucap selamat hari raya.. harmoni bkn dgn saling ucap selamat hari raya.. harmoni ialah dgn ditegakkan hukum dan perintah agama dimana saja kita berada..


Soalan 6 : Perayaan2 etnik trbesar diMalaysia spt krismas, deepavali, raya cino dll....Setakat mnow umat Islam dpt merayaknnya?


-Ustaz Azhar Idrus ( Original ) harus hadir ke rumah kafir pd hari2 raya mereka dgn tidak membuat amalan agama mereka atau ucapan agama mereka...


Soalan 7 : Ape hukum seseorang Islam menyambut perayaan orang agama lain mcm contoh Krismas or Tahun Baru Cina?


-Ustaz Azhar Idrus ( Original ) tak bolih sambut..yg bolih ialah ziarah rumah jiran yg kafir pd hari raya mereka sahaja..


Soalan 8 : rumah terbuka sempena christmas..


-Ustaz Azhar Idrus ( Original ) sunat orang islam tidak berpakaian cantik pd hari2 raya kafir kerana menunjukkan tidak meraikan perayaan kafir yg batil..Kitab Bahrulmmazi.


~ BOLEH SHARE ATAU COPY UNTUK MANFAAT BERSAMA ~


c&p dari http://www.facebook.com/mynetworks.my/posts/222383254502986

Nauzubillah... Semoga kita sama2 dilindungi Allah dari dosa yg kita lakukan tanpa kita sedari... inshaAllah...

Monday, November 14, 2011

Sustagen Kid 3+



meh kite citer psal Ammar ny 
susu feveret,
die start minum susu nihh sejak
umur sethn...

penah gak cube tuko...
konon nk bg susu mahal
PEDIASURE
tapi...
x sedap kata ny...

penah gak tuko ke S26,
pun x jalan...
try Dutch Lady pun penah...
x kena ng tekak die...

so, stick to this brand...
ok lah... all the requirement utk
membesar ade lam nihh...
rase pun sedap... (kata Johsni)
saye x penah rase... 
jgn rase... nk membau pun saye
x sanggup...
huhu...

from old packaging... 
to new one...
from cheap, now dah expensive dah...
tp nasib bek Ammar cam dh kurang
minum susu...
He'll drink in the morning
and before sleep...
tp, kat skolah... xtau lerr... 
bape kerap dorg offer kat
bdak2... Hmmm....


Sunday, November 13, 2011

Seindah Hiasan Adalah Wanita Solehah



1. Doa wanita itu lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah SAW akan hal tersebut, jawab baginda, "Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia."


2. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1000 lelaki yang soleh.


3. Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah . Dan orang yang takutkan Allah SWT akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.

4. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Rasulullah SAW) di dalam syurga.


5. Barangsiapa membawa hadiah (barang makanan dari pasar ke rumah lalu diberikan kepada keluarganya) maka pahalanya seperti melakukan amalan bersedekah. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.


6. Syurga itu di bawah telapak kaki ibu.


7. Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta sikap bertanggungjawab, maka baginya adalah syurga.


8. Apabila memanggil akan dirimu dua orang ibu bapamu, maka jawablah panggilan ibumu terlebih dahulu.


9. Daripada Aisyah r.a." Barangsiapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuannya lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka.


10. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutuplah pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pun pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.


11. Wanita yang taat pada suaminya, maka semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan semua beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya serta menjaga solat dan puasanya.


12. Aisyah r.a berkata, "Aku bertanya kepada Rasulullah, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita?" Jawab Rasulullah SAW "Suaminya." " Siapa pula berhak terhadap lelaki?" Jawab Rasulullah SAW, "Ibunya."


13. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa di bulan Ramadhan, memelihara kehormatannya serta kepada suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dikehendaki.


14. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah SWT memasukkan dia ke dalam syurga terlebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun).


15. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya,maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah SWT mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.


16. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah SWT mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah.


17. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.


18. Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.


19. Apabila semalaman seorang ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah SWT memberinya pahala seperti memerdekakan 70 orang hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah SWT.



6 JENIS WANITA MALANG


"Jangan engkau kahwini wanita yang enam, jangan yang Ananah, yang Mananah, dan yang Hananah, dan jangan engkau kahwini yang Hadaqah, yang Baraqah dan yang Syadaqah."


Wanita Ananah:banyak mengeluh dan mengadu dan tiap saat memperalatkan sakit atau buat-buat sakit.


Wanita Mananah:suka membangkit-bangkit terhadap suami. Wanita ini sering menyatakan, "Aku membuat itu keranamu".


Wanita Hananah: menyatakan kasih sayangnya kepada suaminya yang lain, yang dikahwininya sebelum ini atau kepada anaknya dari suami yang lain.


Wanita Hadaqah: melemparkan pandangan dan matanya pada tiap sesuatu, lalu menyatakan keinginannya untuk memiliki barang itu dan memaksa suaminya untuk membelinya.


Wanita Baraqah: ada 2 makna, pertama yang sepanjang hari mengilatkan dan menghias mukanya, kedua dia marah ketika makan dan tidak mahu makan kecuali sendirian dan diasingkannya bahagianya.


Wanita Syadaqah: banyak cakap tidak menentu lagi bising.


c&p - www.uptomu.net

Wednesday, July 13, 2011

Alhamdulillah...

Masjidil Haram
Salam,

Sedikit update tentang ayah mak saya... 

Alhamdulillah... 
mereka telah pun selamat sampai 
ke Kota Mekah 
pada jam 12malam (waktu Msia). 
Dan mereka telah pun menyempurnakan
ibadah umrah pada jam 3pagi (waktu Msia)
Alhamdulillah... semoga Allah merahmati ibadah 
Mak dan Ayah serta adik2...

Tak sabar nak tunggu Mak Ayah balik...
nak dengar pengalaman yang amat bermakna tu
Hmm... semoga Allah memanjangkn usia kami,
supaya kami dapat melawat rumah Allah,
dan melakukan 
ibadah umrah bersama2...
inshaAllah....
Amin...

Tuesday, July 12, 2011

Semoga Dilindungi Ilahi...

Salam,

Dah lama saya tak update blog saya nihh... Entah kenapa ekk... Hari ini mak ayah saya bersama2 adik dan adik ipar saya bertolak ke Kota Mekah... Mak Ayah dah 12 hari berada di Riyadh untuk bertemu anak menantu dan cucu2 nya... Dah rezeki mereka untuk ke sana. Visa melawat di keluarkan oleh kampeni adik ipar saya... so, Mak ngan Ayah akan berada disana selama sebulan setengah....

Mak Ayah terbang ke Riyadh pada 1 Julai aritu... First time Mak Ayah nek kapal terbang... saya yang amat2 risau... Almaklum lah... dah lerr first time... saya takut mereka takleh berkomunikasi nanti. Mak Ayah nek flight MAS... saya dan husband berusaha mendapatkan khidmat bantuan. Alhamdulillah, nasib baik MAS ada khidmat bantuan sehingga Mak Ayah sampai ke airport Riyadh... Hehe... Sapa tak risau kan....

First day Mak sampai... dia demam... Hehe... Perubahan cuaca kot... Pastu perubahan masa pulak. Tapi alhamdulillah... sampai hari ni mereka sihat.

Hari ni mereka bertolak ke Kota Mekah... perjalanan sepanjang 1000km. Adik ipar akan drive... mengambil masa 10jam... Selepas subuh waktu Riyadh, mereka bertolak...

InshaAllah, semoga Allah SWT melindungi perjalanan mereka.... Semoga selamat sampai ke Kota Mekah dan selamat menunaikan umrah.... Semoga selamat kembali...

Monday, June 20, 2011

Immunising Your Baby

What is immunisation?
Active immunisation is the use of vaccines to protect against particular disease that caused by virus or bacteria.

What are vaccines?
Vaccines contain weakened, dead or (usually) fragmented viruses and/or bacteria that are responsible for some serious diseases. The body sees that fragments as foreign and develops an immune response (immunity) against them, without exposing the child to the disease.

How does immunity work?
When a virus or bacteria enters the body, our immune system develops an immune response, which includes antibodies specifically against the virus or bacteria, to fight it. The first time an organism enters the body, the immune system is not ready and it takes some time to make antibodies. During this time we may become ill. However, if our immune system, including the antibodies, can control the organism we will recover.
After the infection, the immune system retains a memory of the infecting organism that attacked us, and if it enters to our body again, it is usually controlled before we become ill. Active immunisation using vaccine works in the same way – but without us having to have the disease first. 

Is immunisation safe?
Vaccine must go through many tests before they can be used. The vaccines used have been proven to have excellent safety profiles and to be highly effective. Studies have shown that if all the doses of vaccines are given properly they will protect 80-95% of the children who are immunised.

When should my child not be immunised?
If your child is undergoing medical treatment, has a serious disease or lives with someone with a severe disease, has an immune system that is not working properly or had severe allergic reactions to immunisations before, or has recently had other vaccinations or blood treatments, immunisation may not be advisable. Talk to your doctor. 

Tuesday, May 3, 2011

Setelah Sekian Lame - mcm2 hal!

Salam,

Lame betul saya tak update blog saya nihh... Sejak bekerja... rase macam tak ada masa untuk menaip... tapi bab men fesbuk... memang saya ada masa... Eheh! Dah tiga bulan saya bekerja... Macam2 hal yang ada...

Bila dah macam2 hal... ada isu berbangkit... membuatkan kita tawar hati nak bekerja. Isu yang tidak boleh saya terima adalah berkaitan dengan AGAMA... Baru2 ni... ada unit meeting. Nasib baik lah saya tidak hadir pada hari itu... sebab hari rehat saya... Tapi, bila mendengar kan apa isu yg berbangkit tu... Saya rasa sangat marah dan sedih. Isu sembahyang atau solat menjadi masalah bagi setengah staff di situ. Di kata nya kami yg solat ni... tepat2 masuk waktu... terus nak pegi sembahyang... tak boleh tunggu2 dah..., pastu kami ni solat masa tengah2 busy... Hmm... tapi, setahu saya... saya atau yang lain2... tak pernah melakukan seperti itu... Kami solat bila kami dah settle kan kerja2. Kami solat, mesti bagitau yg lain suruh cover atau tengok2 kan patient kami... Tapi, saya tak suka mendengar jawapan yang diberi... "kamu boleh sembahyang bile2 masa saja, tuhan tak akan marah kalau tak sembahyang... sbb kamu berbuat baik... dgn menjaga pesakit..., kalau pesakit kamu collapse atau mati, masa kamu tengah sembahyang... tuhan pun tak akan terima amalan kamu... sebab kamu dah biarkan pesakit kamu mati... kalau ward busy, kamu semua tak payah lah pegi sembahyang...." Ada ke patut! Kamu ni semua tak faham ke! Saya tak kisah lah sesiapa yang membaca ni suka atau tidak... Saya ada pendirian saya... Yang penting saya tak pernah tinggalkan pesakit saya, saya tak pernah pergi solat ketika waktu sibuk, dan saya akan pesan pada kawan2 yg tidak sembahyang untuk tengok2 kan pesakit saya! Saya pernah bekerja di Saudi, yang tidak ada masalah utk solat, walaupun memang tak de tempat yang proper utk staff bersembahyang... Bekerja dengan non-muslim juga, tapi mereka tak pernah berkata ape2...  Bila dah tak boleh nak bertolak ansur dalam hal yang macam ni, buat apa untuk kita tunggu lagi kan... Fikirkan lah...

Huh! Lega bila dapat meluahkan...

Saya sihat, alhamdullilah... saya masih lagi dalam tempoh perubatan. Semoga satu hari nanti... impian saya menjadi kenyataan ekk... Doa2 kan lah saya. InshaAllah...

Thursday, March 3, 2011

Sedikit Cerita

Salam,

Alhamdulillah, dah hampir 6mgu saya bekerja... Teramat lah penat hingga nak update blog ni pun macam tak ada masa. Bila dah balik... badan penat. Kerja pulak shif... Haihh...

Rindu juga nak tengok2 blog nihh... ari ni baru ada kelapangan sedikit. Ni pun curik2 masa. Hehe... Sejak mak saya mula bekerja, dia pun dah lama tak menjenguk saya... Hehe... Ade ke pulak kan. Sepatutnya saya yang menjenguk mereka. Ni terbalik la pulak. Yelah kan, sejak ayah pencen... mereka banyak masa untuk melawat anak nya yang bekerja nihh. Rasa macam dah lama tak jumpa mak ayah la pulak. Hehe...

Okay lah, sedikit cerita. Insha Allah... lainkali kita bercerita lagi...

Wasalam...

Tuesday, December 28, 2010

~ Ammar New Pet ~


Salam,

Dah lame tak menjenguk disini, dah lame x update juga sejak yg last...  celebrate besday Ammar. Kelmarin (26.12.10) sebelum balik dari Ipoh, singgah kedai binatang peliharaan... Ija kerja di situ... Lagipun nak jumpa dia seblum balik. Banyak haiwan peliharaan yg dijual...Nak amik gambar kang... marah plak yg empunya kedai... Hehehe...

Kami mmg dah lame nak beli kan Ammar new pet... and dah lame decide nak beli kura2. Dulu... ada Papa beli ikan laga... tapi dah mati... Nak bela kucing....Ammar ni masih tak reti sayang mende... Kang lunyai pulak kucing tu dikerjakan.... atau kucing tu bunuh diri terjun dari tingkat 4 umah kami nihh.... Ngee.... Dan kebetulan pulak yang MakYang die kerja di kedai hewan... so amik kesempatan lerr... Harga 2ekor kura-kura ng bekas ng aksesori ng makanan... dalam RM35 jekk... so budak kat kedai tu bagi sepasang jantan betina....

xde nama lagi...
Ammar... memang ler excited... asyik nak angkat je bekas kura2 tu... dan Mama pulak excited nak menjerit jekk. Ahaks! Ye ahh... kalau terbalik bekas tu... Hakak juga yang kena kemas... :p

Kura2 di rumah baru

Tapi sejak semalam (27.12.10), entah nape ntah kura2 ni tak nak makan. Ija pesan... bagi makan sekali sehari jek... Letak depan muka meka pun... tak nak makan. Culture shock kot... Haha! Tapi ada aktiviti curious yang cuba dilakukan....

mende pe yg mcm sedap tu???
Hehe... mesti meka tengah dok peratikan pokok plastik tu... buah nya nampak sedap... 

aihh... tinggi pulak....
Tengok makanan tu depan muka meka... tapi buat dek jekk... Mungkin masih menyesuaikan diri meka dengan persekitaran baru kot.... Ish...

Hari ni pulak... meka nihh asyik tido jekk. Makanan yang kat depan muka tu dah nak naik lunyai.... Ammar cakap "Mama...kura2 ni tido nihh, tu tengot dah busyuk dahh..." Sebab makanan yang dah lunyai tu....

masih tido
Haihh.... bila lah meka nak makan nihh. Ke nak makan kangkung cam kura2 kampung kot... senang dan jimat bajet juga... Takpe lah... kasi meka can ekk.... Kura2 ni cepat membesar lerr.... sebab dulu saya ada hsemate yang bela kura2... bile dah besar... dia lepas kan kat tasek... Itu lah yang saya akan lakukan nanti... Nanti kita tengok progress meka lepas sebulan di beli ekk... Tak sabar pulak kan.

Thursday, December 9, 2010

TAG

Salam,

Nak citer pasal tag2 nihh... to my sister, ZILA and to my kazen, WATIE... terima kasih kerana selalu gak meng tag saya nihh. Bukan eksen atau ape... saya nihh... dah la tak reti2, tak pandai... pastu blog sendiri yang satu ni pun tak ter update. Banyak sangat hutang tag tuhh... Dan mahu minta maap, sbb tak tercapai dek akal akak ni nak menyiapkan... Hehe.... Kalau yang copy and paste tu boleh lah hakak siapkan. Hehe... Lagipun follower nya pun tak seberapa... Hik...hik...hik...

Anyway, thanks again. So pasni, tak yah lah tag saya lagi. Kalau saya dah pandai nanti, boleh kot... Teima kasih. Jangan kecil hati ye. Saya tahu anda semua mahu saya menang juga. Hehe... "pakcik menang moto"

Wednesday, December 8, 2010

:: speaking simple arabic word ::

Salam,

Dah lame tak update blog saya nih. Early this month, saya sekeluarga pergi bercuti ke Pulau Langkawi. Sangat seronok. Tapi, niat untuk naik Cable Car tidak kesampaian, disebabkan cuaca yang tak mengizinkan. So, lepas ni kalau rasa gian sangat nak naik cable car... nak ajak husband gi Genting lah. Lagipun dah lame tak ke sana sejak ada Ammar Zikry. Dia pun tak pernah sampai ke sana lagi. Hehe... Boleh lah... tunggu weekend nanti. Lagipub besday Ammar pun dah dekat. Kire besday treat lah untuk dia. Hmm....

Nape tibe2 saya cakap pasal simple arabic word. Entah lah ekk, tiba2 jek saya rasa rindu nak cakap2 simple arabic word. Macam saya cakap ngan pesakit2 saya masa berada di Arab Saudi... Yelah, nak cakap banyak2 pun... mana lah reti. Setakat untuk tanya dah makan (akhil), air (moya), buang air kecik (bowl), buang air besar (buras), sakit ke idak (fi alam wa mafi). Untuk bagitau hari ni (alyoum), sekejap lagi (ba'dain), sekarang (dahain)... Boleh lah. So, yang jadi mangsa... yelah AMMAR ZIKRY, almaklumlah... pesakit2 saya pun kanak2... hik..hik..hik... Tapi bile dah lama2 keje kat sana, lama2 kite sendri pandai. Kengkadang tu saya macam paham ape parents yg cuba kata kan... tapi untuk menjawab... kena lah panggil translator... Ahaks. Yelah, dorang nihh... kita tny sikit dalam bahasa arab, dorg jawab byk2... so jawapan dari saya... "malaish... anna mafi khalam arabic (maaf, saya tidak tahu berbahasa arab)" dan senyum... terus belah dan panggil translator... hehe... Kadang2 dorg ni pulak tak faham, dorang ingat kalau kita ni muslim... automatik kite bole cakap arab, sebab muslim baca Al-Quran... so mesti lah tau berbahasa arab. Bengang tul kalau dorg cakap camtu... mula lah saya nak naik hangin.... So kena lah explain... yang mmg la kami muslim, tapi kita menggunakan bahasa ibunda kita untuk memahami nya... Bukan nya kita lahir sebagai orang arab.... cam dorg tu. Lahir2 jek dah dengar bahasa arab.

Bahasa arab ni payah gak, sebab ada yang untuk perempuan, dan ada juga untuk lelaki... contohnya kalau kita nak bertanya khabar pada yg perempuan - ki fhalak? (apa khabar?), untuk lelaki pulak - ki fhalik? yang perempuan mesti ada 'A'. tapi tak semua. Macam doktor... doktora utk doktor perempuan, lelaki still panggil doktor.

Hehe... nak ckap pasal ni memang panjang lebar. Saya pun diajar yang simple2 jekk. Cukup setakat untuk bertanya. Kalau lame lagi kat sna, mau khatam kot. Berabuk lah cakap. Ni adik saya balik dari riyadh ni pun bole swoya khalam arabic. Dapat lah lepas gian. Pasni die balik sana semula, belajar... Nanti next balik Msia, dia bole khalam ngan anak dia Darwish pulak. Hehe... tak rugi belajar.


Anyway, shukran for stopping by and read. InshaAllah... ada kesenangan... kita bercerita lagi ekk. Semoga kalian semua dirahmati Allah SWT, inshaAllah.

Ma'assalama...

Friday, October 29, 2010

Anak perempuan penentu masuk syurga, neraka


Anak perempuan penentu masuk syurga, neraka

DARIPADA Aisyah, Nabi Muhammad SAW bersabda maksudnya: Sesiapa yang diberati menanggung sesuatu urusan menjaga dan memelihara anak-anak perempuan, lalu dia menjaga dan memeliharanya dengan baik, nescaya mereka menjadi pelindung baginya daripada api neraka." (Hadis riwayat Bukhari, Muslim dan at-Tirmizi)

Wanita adalah makhluk Allah yang amat istimewa. Kemuliaan dan keruntuhan sesuatu bangsa terletak di tangan mereka.

Ibu bapa wajib memberi perhatian terhadap anak perempuan. Mereka adalah aset penting yang menentukan sama ada ibu bapa mereka layak memasuki syurga atau terhumban ke dalam neraka disebabkan oleh mereka.

Rasulullah SAW bersabda bermaksud: "Takutlah kamu kepada Allah dalam perkara yang berhubung dengan kaum wanita."

Hadis itu bermaksud bahawa setiap ibu bapa dan yang bergelar suami hendaklah sentiasa mengawasi anak perempuan dan isteri mereka supaya sentiasa berpegang teguh dengan agama dan mematuhi perintah Allah.

Ramai ibu bapa yang menjaga anak mereka dengan hanya memberi tempat tinggal, makan dan minum semata-mata seperti memelihara binatang ternakan yang hanya bertujuan menggemukkan saja. Sedangkan pendidikan agama tidak diberi penekanan sepatutnya.

Contohnya dalam perkara aurat dan pergaulan hingga akhirnya ramai wanita yang menjadi bahan fitnah dan terdedah dengan pelbagai keburukan mencemarkan nama baik keluarga dan agama.

Sesungguhnya anak yang diajar dengan didikan agama memberi faedah kepada ibu bapanya ketika hidup dan selepas mati.
 

Sunday, October 24, 2010

bersyukur atas apa yang ada...

Alhamdulillah... bersyukur ke hadrat Ilahi atas apa yang kita ada sekarang ini. Segala rezeki, kemudahan dan kesenangan yang kita dinikmati adalah dari yang maha Esa. Adalah jika kita Tidak Bersyukur Undang Kermurkaan ALLAH

DARIPADA Abu Hurairah, katanya, Nabi Muhammad saw bersabda bermaksud: “Lihatlah kepada orang yang lebih rendah daripadamu dan jangan melihat kepada orang yang lebih tinggi. Itulah tembok yang kukuh supaya kamu tidak menghina pemberian Allah kepadamu.”

Selaku insan mukmin, kita tidak harus menyalahkan apa saja pemberian Allah, apalagi menghinanya.

Hal ini kerana jika dihitung-hitung nikmat Allah, nescaya kita tidak akan sanggup menghitungnya lagi disebabkan terlampau banyak nikmat, termasuk pemberian yang tidak disedari.

Oleh itu, jangan kita kesal atau kecewa dengan ciptaan atau pemberian Allah sama ada mengalami kecacatan, kekurangan dan sebagainya. Hal ini kerana jika mengeluh terhadap-Nya, padahal kita sedang menikmati rahmat-Nya, itu bermakna kita tamak dan menutup mata atas nikmat yang dimiliki selama ini.

Perkara demikian akan menjerumuskan kita ke lembah kekufuran serta mengundang kemurkaan Allah suatu masa kelak. Allah akan menarik semula segala nikmat pemberian-Nya dan menggantikannya dengan kesusahan.

Pada waktu itu, kita akan menyesal dan celik akan hakikat sebenarnya. Sesungguhnya sebahagian besar musibah yang menimpa manusia disebabkan oleh keluhan mereka terhadap-Nya, sedangkan Allah itu Maha Pengasih, Maha Adil dan lemah terhadap hamba-Nya.

Oleh itu dalam apa juga perkara, kita hendaklah bersifat qana’ah dan sentiasa bersyukur. Di samping itu, kita hendaklah berusaha dan bersabar kerana Allah ada berfirman bermaksud: “...boleh jadi kamu benci pada sesuatu, padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu, padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jugalah Yang Mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahui.” (Surah al-Baqarah, ayat 216)

syukur ALHAMDULILLAH