Showing posts with label Kerohanian. Show all posts
Showing posts with label Kerohanian. Show all posts

Tuesday, May 8, 2012

Sambutah Hari Ibu itu haram?

Salam...

Selama ini tidak pernah saya tahu yang sambutan Hari Ibu atau Mothers' Day itu haram disisi agama. Itupun selepas saya menonton kat Youtube yg diceramahkan oleh Ustaz Azhar Idrus tentang sambutan Hari Ibu ni... Ni adalah sedutan yang saya tonton kat youtube...



Dan kebetulan ada pulak blog dakwah menceritakan tentang Sambutan Hari Ibu or Mother's Day ini.... Saya baca di sini.... oh! islam.

Di dalam Islam, kita dituntut untuk menghormati ibu bapa kita setiap hari dan setiap masa dan ketika. Bukan hanya terhad pada hari2 yang tertentu sahaja seperti Hari Ibu atau Hari Bapa...

Semoga dengan ini, kita mendapat pengajaran... dan sama2 kita menuju ke arah kehidupan yang diberkati Allah....

Wednesday, January 11, 2012

Kurma Ajwa



Diceritakan Pada suatu hari Rasulullah S.A.W sedang berpuasa dan apabila tiba waktu untuk berbuka puasa satu makanan pun tidak ada untuk dimakan oleh baginda.

Malaikat Jibril yang melihat keadaan Rasulullah S.A.W sedemikian merasa sedih lalu ia memohon kepada Allah S.W.T supaya mengurniakan sesuatu makanan untuk rasul kesayangan-Nya berbuka puasa, lalu Allah S.W.T yang sememangnya Maha Mengetahui segalanya memperkenankan permintaan malaikat Jibril tersebut dan diberikanlah buah kurma yang istimewa ini untuk Rasulullah S.A.W berbuka puasa.

Setelah selesai iftar, biji buah kurma tersebut kemudian ditanam oleh Rasulullah S.A.W. Bermula dari peristiwa itulah seterusnya pokok kurma Ajwa ni membesar di kawasan Madinah. Dan dimaklumkan juga kurma Ajwa tidak akan hidup dan berbuah di mana-mana tempat selain Madinah.

Diriwayatkan oleh Imam Bukhari yang bermaksud : “Diceritakan oleh Jumaah bin Abdullah yang disampaikan oleh Marwan yang mendapat berita daripada Ibnu Hashim bahawa Amir bin Saad mendengar bapanya meriwayatkan Rasulullah s.a.w. bersabda : “Sesiapa yang memakan 7 biji tamar ‘Ajwah’ dia akan terkawal daripada kejutan syaitan dan sihir pada hari itu”.

Saidina Ali r.a. meriwayatkan “Barang siapa yang memakan 7 butir tamar setiap hari, ia akan membunuh semua kuman di dalam badannya”.

Riwayat daripada Muhammad b. Ali al Husayn bermaksud:” Kurma Ajwa adalah daripada syurga dan daripadanya ia menjauhkan racun (Al-Samm)”

Hadis Rasulullah s.a.w. : “Berilah makan buah kurma kepada isteri-isteri kamu yang hamil, kerana sekiranya wanita hamil itu memakan buah kurma, nescaya anak yang bakal dilahirkan itu, menjadi anak yang penyabar, bersopan santun serta cerdas pemikirannya.”





ehsan dari : urut dan rawat

Sunday, December 25, 2011

Hukum UCAP MERRY CHRISTMAS

Assalammualaikum...kat sini ada soal jawab pasal isu UCAP MERRY CHRISTMAS kepada non muslim yg telah dijawab oleh Ustaz Azhar. Yang ni jawapan2 yg telah dikumpulkan untuk dibuat satu status lengkap supaya semua dapat baca terus...semoga bermanfaat.


Soalan 1 : Ramai sangat ke Kristian kat Malaysia ni? setahu saya ada 9.1% je Kristian. tapi kenapa ramai yang sungguh2 tanya pasal Christmas ni? seolah2 Kristian yg ada kat Malaysia ni bukan 9.1%, tapi 91.0% pulak


-Ustaz Azhar Idrus ( Original ) tu la...tak sibuk nak ucap yg Nabi saw suruh ucap...doa dan zikir byk lg yg tak reti..


Soalan 2 : Betul dok ni? ..Jangan Ucap Merry christmas!! ..Christmas adalah hari untuk orang kristian. Dan menurut kristian apabila anda mengucap "Merry Christmas" anda secara tidak sengaja mengaku Allah mempuyai anak..


-Ustaz Azhar Idrus ( Original ) dah larang sokmo tp jenis melayu ni degil..


Soalan 3 : apa hukum kalau pergi ke rumah org yg buat jamuan sempena majlis perayaan krismas?


-Ustaz Azhar Idrus ( Original ) harus cuma jgn buat amalan2 berkait agama mereka..


Soalan 4 : Apa hukum seseorang mengucapkan selamat hari krismas pada rakan2 yg menyambutnya? 2) Sekiranya, rakan2 (drpd sabah sarawak) membuat majlis sambutan krismas bersama sedikiit jamuan makan, boleh ke kita turut serta dlm jamuan tersebut?


-Ustaz Azhar Idrus ( Original ) 1. ucap tahniah sahaja..jgn ucap merry atau selamat.. 2. bolih jika rakan kerja atau jiran sebelah..jgn ucap atau buat2 apa2 yg berkait dgn agama..sekadar hadir menjamah jamuan yg halal sahaja...


Soalan 5 : mengucapkan merry christmas kepada non muslim.. jatuh haram ke? ..org non muslim ni dah tau dah kita x leh ucapkan merry xmas.. so diaorg pun x ucapla selamat hari raya...jadi mana keharmonian kat situ? .. Nabi sendiri pun bile didatangi tetamu/raja non muslim.. baginda layan elok2..


-Ustaz Azhar Idrus ( Original ) bolih ucap dgn lafaz ..tahniah sahaja..jgn ucapkan dgn lafaz salam.. kalau kafir tak mau ucap selamat hari raya tak jadi msalah dan bukan tanda tak harmoni kalau kafir tak ucap selamat hari raya... zaman Rasulullah saw masih hidup pun kafir2 tak ucap selamat hari raya.. harmoni bkn dgn saling ucap selamat hari raya.. harmoni ialah dgn ditegakkan hukum dan perintah agama dimana saja kita berada..


Soalan 6 : Perayaan2 etnik trbesar diMalaysia spt krismas, deepavali, raya cino dll....Setakat mnow umat Islam dpt merayaknnya?


-Ustaz Azhar Idrus ( Original ) harus hadir ke rumah kafir pd hari2 raya mereka dgn tidak membuat amalan agama mereka atau ucapan agama mereka...


Soalan 7 : Ape hukum seseorang Islam menyambut perayaan orang agama lain mcm contoh Krismas or Tahun Baru Cina?


-Ustaz Azhar Idrus ( Original ) tak bolih sambut..yg bolih ialah ziarah rumah jiran yg kafir pd hari raya mereka sahaja..


Soalan 8 : rumah terbuka sempena christmas..


-Ustaz Azhar Idrus ( Original ) sunat orang islam tidak berpakaian cantik pd hari2 raya kafir kerana menunjukkan tidak meraikan perayaan kafir yg batil..Kitab Bahrulmmazi.


~ BOLEH SHARE ATAU COPY UNTUK MANFAAT BERSAMA ~


c&p dari http://www.facebook.com/mynetworks.my/posts/222383254502986

Nauzubillah... Semoga kita sama2 dilindungi Allah dari dosa yg kita lakukan tanpa kita sedari... inshaAllah...

Thursday, December 15, 2011

Alhamdulillah...


Salam,

Apa khabar semua? Ni adalah entry saya yang ke 100.... wah... dah banyak kali kali membebel di sini rupa nya... Hehe... Ntah apa2 yang saya bebel kan pun tak tau lahh... Ade ke orang yang sudi membaca ny.... Walaupon x semeriah mana, follower pun tak seberapa... saya bersyukur... at least ada gak lah yang sudi membaca....

Dan alhamdulillah... saya rasa sedikit ok. Selepa berjumpa dengan Ustaz Nizam semalam di Kuala Selangor.... Rashes yang saya alami hampir hilang keseluruhan nya. Hampir ke 4 minggu mengalami kegatalan yang amat. Bukan apa, mungkin tidak berhati2 dengan keadaan sekitar. Kami yang terlalu excited, sehingga menepikan pengetahuan Mak Ayah kami. Tidak mahu menyalahkan sesiapa. Ini semua dugaan dan ketentuan dari Allah. Saya redha. Lepas ni, kena lah berhati2. Tak mahu kena lagi... Puas Mak Ayah merawat saya, tapi masih teruk dan akhir nya Mak minta pertolongan dan bantuan SIFU mereka... Alhamdulillah... saya dah semakin ok. Surat untuk saya amik unpaid leave dah pun saya taip... Mana lah tau kan kalau2 rashes ni merebak... Hehe... Tu yang Mak suruh saya berjumpa Ustaz Nizam malam semalam. Ustaz Nizam kata ada gangguan jin. Memang saya tak syak lagi... Sejak saya balik kerja hari Selasa hari tu, pemikiran saya sangat kusut. Rasa macam nak pitam, pandangan macam gelap jekk... Kepala pening.... Sampai semalam saya tak tahan, dengan rashes kat belakang yg makin teruk, saya terus cakap ngan Mak. Dia dengan Ayah, terus tengok keadaan saya. Mak nangis, sebab dia tahu siapa punya angkara, dan sebab apa... Kata nya macam susah nak baik... Then mereka terus pergi berjumpa dengan Hj Idris, minta pendapat... Jumpa Ustaz Nizam minta pendapat... Balik, Ayah terus buat kan bedak dari beras ng daun semambu... utk jadi sapuan... Then limau nipis untuk dijadikan mandian... selama 3 hari.

InshaAllah... lama2 ok lah tu. Saya yakin dengan rawatan ini. Semoga rashes saya ni clear sepenuh nya. Dan semoga Allah melindungi kami sekeluarga. Amin Ya Rabb...



Sunday, November 13, 2011

Seindah Hiasan Adalah Wanita Solehah



1. Doa wanita itu lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah SAW akan hal tersebut, jawab baginda, "Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia."


2. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1000 lelaki yang soleh.


3. Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah . Dan orang yang takutkan Allah SWT akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.

4. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Rasulullah SAW) di dalam syurga.


5. Barangsiapa membawa hadiah (barang makanan dari pasar ke rumah lalu diberikan kepada keluarganya) maka pahalanya seperti melakukan amalan bersedekah. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.


6. Syurga itu di bawah telapak kaki ibu.


7. Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta sikap bertanggungjawab, maka baginya adalah syurga.


8. Apabila memanggil akan dirimu dua orang ibu bapamu, maka jawablah panggilan ibumu terlebih dahulu.


9. Daripada Aisyah r.a." Barangsiapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuannya lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka.


10. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutuplah pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pun pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.


11. Wanita yang taat pada suaminya, maka semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan semua beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya serta menjaga solat dan puasanya.


12. Aisyah r.a berkata, "Aku bertanya kepada Rasulullah, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita?" Jawab Rasulullah SAW "Suaminya." " Siapa pula berhak terhadap lelaki?" Jawab Rasulullah SAW, "Ibunya."


13. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa di bulan Ramadhan, memelihara kehormatannya serta kepada suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dikehendaki.


14. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah SWT memasukkan dia ke dalam syurga terlebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun).


15. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya,maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah SWT mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.


16. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah SWT mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah.


17. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.


18. Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.


19. Apabila semalaman seorang ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah SWT memberinya pahala seperti memerdekakan 70 orang hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah SWT.



6 JENIS WANITA MALANG


"Jangan engkau kahwini wanita yang enam, jangan yang Ananah, yang Mananah, dan yang Hananah, dan jangan engkau kahwini yang Hadaqah, yang Baraqah dan yang Syadaqah."


Wanita Ananah:banyak mengeluh dan mengadu dan tiap saat memperalatkan sakit atau buat-buat sakit.


Wanita Mananah:suka membangkit-bangkit terhadap suami. Wanita ini sering menyatakan, "Aku membuat itu keranamu".


Wanita Hananah: menyatakan kasih sayangnya kepada suaminya yang lain, yang dikahwininya sebelum ini atau kepada anaknya dari suami yang lain.


Wanita Hadaqah: melemparkan pandangan dan matanya pada tiap sesuatu, lalu menyatakan keinginannya untuk memiliki barang itu dan memaksa suaminya untuk membelinya.


Wanita Baraqah: ada 2 makna, pertama yang sepanjang hari mengilatkan dan menghias mukanya, kedua dia marah ketika makan dan tidak mahu makan kecuali sendirian dan diasingkannya bahagianya.


Wanita Syadaqah: banyak cakap tidak menentu lagi bising.


c&p - www.uptomu.net

Friday, October 29, 2010

Anak perempuan penentu masuk syurga, neraka


Anak perempuan penentu masuk syurga, neraka

DARIPADA Aisyah, Nabi Muhammad SAW bersabda maksudnya: Sesiapa yang diberati menanggung sesuatu urusan menjaga dan memelihara anak-anak perempuan, lalu dia menjaga dan memeliharanya dengan baik, nescaya mereka menjadi pelindung baginya daripada api neraka." (Hadis riwayat Bukhari, Muslim dan at-Tirmizi)

Wanita adalah makhluk Allah yang amat istimewa. Kemuliaan dan keruntuhan sesuatu bangsa terletak di tangan mereka.

Ibu bapa wajib memberi perhatian terhadap anak perempuan. Mereka adalah aset penting yang menentukan sama ada ibu bapa mereka layak memasuki syurga atau terhumban ke dalam neraka disebabkan oleh mereka.

Rasulullah SAW bersabda bermaksud: "Takutlah kamu kepada Allah dalam perkara yang berhubung dengan kaum wanita."

Hadis itu bermaksud bahawa setiap ibu bapa dan yang bergelar suami hendaklah sentiasa mengawasi anak perempuan dan isteri mereka supaya sentiasa berpegang teguh dengan agama dan mematuhi perintah Allah.

Ramai ibu bapa yang menjaga anak mereka dengan hanya memberi tempat tinggal, makan dan minum semata-mata seperti memelihara binatang ternakan yang hanya bertujuan menggemukkan saja. Sedangkan pendidikan agama tidak diberi penekanan sepatutnya.

Contohnya dalam perkara aurat dan pergaulan hingga akhirnya ramai wanita yang menjadi bahan fitnah dan terdedah dengan pelbagai keburukan mencemarkan nama baik keluarga dan agama.

Sesungguhnya anak yang diajar dengan didikan agama memberi faedah kepada ibu bapanya ketika hidup dan selepas mati.
 

Sunday, October 24, 2010

bersyukur atas apa yang ada...

Alhamdulillah... bersyukur ke hadrat Ilahi atas apa yang kita ada sekarang ini. Segala rezeki, kemudahan dan kesenangan yang kita dinikmati adalah dari yang maha Esa. Adalah jika kita Tidak Bersyukur Undang Kermurkaan ALLAH

DARIPADA Abu Hurairah, katanya, Nabi Muhammad saw bersabda bermaksud: “Lihatlah kepada orang yang lebih rendah daripadamu dan jangan melihat kepada orang yang lebih tinggi. Itulah tembok yang kukuh supaya kamu tidak menghina pemberian Allah kepadamu.”

Selaku insan mukmin, kita tidak harus menyalahkan apa saja pemberian Allah, apalagi menghinanya.

Hal ini kerana jika dihitung-hitung nikmat Allah, nescaya kita tidak akan sanggup menghitungnya lagi disebabkan terlampau banyak nikmat, termasuk pemberian yang tidak disedari.

Oleh itu, jangan kita kesal atau kecewa dengan ciptaan atau pemberian Allah sama ada mengalami kecacatan, kekurangan dan sebagainya. Hal ini kerana jika mengeluh terhadap-Nya, padahal kita sedang menikmati rahmat-Nya, itu bermakna kita tamak dan menutup mata atas nikmat yang dimiliki selama ini.

Perkara demikian akan menjerumuskan kita ke lembah kekufuran serta mengundang kemurkaan Allah suatu masa kelak. Allah akan menarik semula segala nikmat pemberian-Nya dan menggantikannya dengan kesusahan.

Pada waktu itu, kita akan menyesal dan celik akan hakikat sebenarnya. Sesungguhnya sebahagian besar musibah yang menimpa manusia disebabkan oleh keluhan mereka terhadap-Nya, sedangkan Allah itu Maha Pengasih, Maha Adil dan lemah terhadap hamba-Nya.

Oleh itu dalam apa juga perkara, kita hendaklah bersifat qana’ah dan sentiasa bersyukur. Di samping itu, kita hendaklah berusaha dan bersabar kerana Allah ada berfirman bermaksud: “...boleh jadi kamu benci pada sesuatu, padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu, padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jugalah Yang Mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahui.” (Surah al-Baqarah, ayat 216)

syukur ALHAMDULILLAH