Showing posts with label Me. Show all posts
Showing posts with label Me. Show all posts

Thursday, August 16, 2018

HELLO...

Assalammualaikum,

Fuhh.... sekian abad rasanya saya tidak update blog ni. Ingat dah dilupuskan, since tidak active sekian lama. My last post was on year 2015... Now only I decided to write back, maybe. Hehehe.

It has been 3 years since my last post. A lot of things happened. Kan, yelah lama tu tiga tahun. But the most memorable thing happened to me was.... 😱 I pregnant for the first time after 14 years of marriage. Selepas pelbagai cara, treatment dicuba. Kami decide to go with the flow, ada rezeki Allah nak bagi kami terima, if not we redha and pasrah.

So, in this post I wanted to tell about my "miracle" thing happened to me. My unplanned pregnancy. My miracle baby after 14 years of waiting. 😍

It was on 31st July 2016 when I found out I positive in Urine Pregnancy Test (UPT) for the first time. In the Sunday morning. I got very shock and speechless. I do not aspect that I got pregnant. Yelah kan, selalu check asyik negative je. Sebab false alarm. What make me to check UPT??? 2 months before that, I am having this sort of breast pain. I usually get this breast pain during my menses time. So, tak apa lah. Sebab ianya akan hilang after period come. Tapi this time, the pain continuously for a 2 months. I do not have any nausea or vomiting at all. I google the sign and symptom of pregnancy though I am a nurse, I still not very sure if I pregnant or not. I google whether  breast pain included in the list or not, it is one of the symptoms. After 2 months of having breast pain and no menses (actually I also having irregular period-PCOS patient. Hehehe...), I decided to try and error. Night before I went to Guardian Pharmacy and bought very expensive UPT checker 😝 konon nak kan accurate almost 100% result. Beli sampai 2 piece. Hahaha. Then in the next morning, saya check... it turns to 2 lines that I have been waiting for 14 years. 

Tu dia, first 2 lines ever. I am speechless. I cried. Do not know how to react. Masa tu husband tidur lagi. Lepas solat subuh, sujud syukur. Saya whatsapp adik saya, saya tunjukkan this 2 lines. She put crying emoticons dgn banyak ny. Dia cakap sujud syukur. Saya tanya dia, betul ke tu. Dia cakap line clear gila. Dah la pakai mahal punya tester. 😭 lagi.

Thought nak buat surprise kat husband, konon la nak macam cerita dalam tv tu, sekali tak jugak. Husband macam tak ada reaction pulak. Tapi saya 💯 sure dia pun nak lompat bintang. Hehehe... Husband cakap dia dah rasa perubahan dari 2 minggu sebelum nya. Saya pon 😭 lagi. Saya nak betul2 confirms yang saya pregnant, I asked him to find clinic yang open hari ahad. Clinic yang ada u/sound machine. With help of Mr Google he found Klinik Sofea dekat Puchong. Siap2 pergi klinik, scan doktor cakap dah 8 minggu. Good heart beats. 😭😭... Keluar dari bilik doktor tunjuk gambar scan kat husband, saya nangis lagi. Doktor bagi folic acid. Doktor cakap dah boleh buat buku merah dekat Klinik kesihatan.

my first u/sound scan 😍
Lepas buat confirmation dengan u/sound, saya dan husband ke rumah adik di Kota Damansara. Sebab mak ayah pun ada di sana juga ketika itu. Sampai je di Kota Damansara, jumpa mak ayah, saya pun tunjukkan gambar u/sound saya kat mak. Mak tanya.. siapa punya. Saya pun cakap, saya punya. Punya lah mak menangis, ayah pun terkejut. Tak habis2 mengucap Alhamdulillah. Ye, alhamdulillah. Kami telah menunggu selama 14 tahun untuk ini. Dan saya masih lagi tak percaya ianya berlaku. SAYA PREGNANT! Dan tertutuplah mulut2 orang diluar yang pernah mengatakan saya mandul, ada keturunan mandul, penyebab ada cousin yang lain pun tak pregnant lagi. Ada juga membanding2kan dengan anak2 mereka dah masuk 3-4 orang anak tapi saya dan suami masih lagi tak dikurniakan anak. Tak faham dengan manusia macam ni, bukan kah itu kerja Allah. Kita dah berusaha sebaik mungkin, semua terpulang kepada Allah bila Dia nak beri kita. Betul tak.

Hehehe, too much wording. Ada ke orang yang baca. Almaklumlah, bertahun tak menaip. Tiba-tiba je nak update blog yang tak seberapa ni. Terima kasih Allah, Alhamdulillah untuk kurnia anak syurga saya. Yang sehingga kini saya masih terkejut yang saya telah melahirkan zuriat saya sendiri.

Terima kasih.

😘

Wednesday, October 17, 2012

Siakap 3 Rasa versi saya

Salam,

Hari ni saya nak cakap pasal resepi lah. Hehe... Tetiba je nak post pasal resepi. Suka baca blog resepi kak ida kat Koleksi 1001 Resepi. Berbagai2 jenis resepi yang ada.

Baru je lepas diner, hari ni saya masak siakap 3 rasa...

Bahan2 nya:

1 ekor siakap (saiz sederhana)
1 biji bawang besar - dipotong dadu
1 ulas bawang putih - dipotong dadu
sedikit halia - dimayang halus
3-4 cili padi - dipotong halus
1 biji tomato - dipotong dadu
sedikit nenas - guna nenas lam tin jek..
2 sudu besar sos tomato
2 sudu besar sos cili
2 sudu besar sos tiram
garam, gula secukup rase

Cara2 nya:

Ikan hendaklah dibersihkan dulu, digaul garam dan kunyit. Goreng dan ketepikan. Tumiskan halia, bwg besar dan bwg putih sehingga naik bau. Masukkan cili padi, sos tomato, sos cili dan sos tiram... masukkan sedikit air.. (sebab bila dah masuk sos tu, kuah jadi pekat). masukkan garam dan gula.. (ikut cita rasa masing2 ekk... ) Bila dah cukup rasa, masukkan lah tomato ngan nenas tu tadi... Kacau2, kemudian letak atas ikan siakap yg sudah digorengkan itu... Hiasakan lah dengan daun sup/ daun bawang... Tadaaa.... Sedap dimakan dengan nasi panas.

Selamat mencuba. Chewaahh....

Friday, October 12, 2012

Kegilaan Ku Sekarang...

ihsan dr Adam&Hawa
Hehe... sekarang saya tengah mengikuti drama ni. Semua org dok tergila2 update status selepas menonton drama ni. Yelah, satu sebab Aaron Aziz tu... pastu memang best lah citer nihh. Saya start tengok dari episode 12, sebab sibuk tengok orang cakap pasal Adam&Hawa lam fesbuk tu. Pe lagi saya pon try lah nengok, memang menusuk kalbu. Sampai hubby pon terjebak sama lah yekk! Lagi lah killer song yg dinyanyikan oleh Dato Siti Nurhaliza ng Hafiz...Meh dengar lagu plak... Layannn.... Haha!




Wednesday, June 27, 2012

My Baby

Salam,

Selepas 3 tahun saya ada lesen kereta,
Tahun ni akhirnya saya dapat beli kereta,
Alhamdulillah...

After asking and asking my husband 
to buy me small car...
This year only he agreed...
Not an imported car, 
but it is just enough and very nice for me...

Very proud I am
Presenting my baby....
Perodua Viva Elite 1.0L
black in color...

Bergaya di tmpt parking umah... Haha!

Membuat kan saya rasa free... bebas... 
sekarang... Hubby tak payah lah nak susah2 
keluar dari tmpt kerja utk menjemput saya... Selepas 10 tahun dia jemput 
dan hantar saya, this year no more... Tak perlu saya stress menunggu, 
dan tak perlu husband bermuka masam kalau saya 
terlambat keluar dari ward...

But I think, I am gonna miss those old time,
Naik motor sama2 dengan husband... Huhu...

But now... if I asked him to sent me to work,
dah tak mau... Hehe... It's ok, let me be independent...
Now, it is time for him to be more focus in his work...

But, saya masih lagi tak confident utk drive jauh2...
paling jauh saya drive.... sendiri... 
ke Mydin Mall, USJ
Hehe.....

Oklah, some cerita just to update my blog... 
Bukan nak nunjuklah... but just a cerita... 





Sunday, January 22, 2012

New Layout

Salam,

Hi... how is my new layout? Cantik ke idak? actually yang last one masih menarik lagik... tapi tak kan lah nak camtu jek kan... we need a fresh look... kan! so this is my new look... Adios...!

Friday, December 23, 2011

SANDBOX

Salam,

desert - saudi
This past few days... in this week... I was thinking about to go back to sandbox.... Ape itu sandbox???  Negara yang dipenuhi dengan pasir... Hehe... Saudi Arabia... Full of sand... So, dok sana macam dok dalam sandbox kan... Just like the picture -----> Hehe...

Saya dok pikir hari2... patut ker saya ke sana semula... Saya pernah cakap yang saya tak akan ke sana semula, tapi entah lah... hati ini macam nak ke sana semula... Ya Allah, berikan lah aku jalan dan petunjuk... Tempat yang saya nak pergi jika diberi peluang... adalah Ad-Dammam... Kenapa Dammam... x Riyadh ker... Jeddah ke... atau tempat lain... entah, maybe sebab saya ada kawan yang saya kenal kat sana kot...

Dah bagitau niat kat husband... Dia cakap... "pegi ahh" camtu jek... Then saya cakap tak mo lah... sebab tak nak nangis2... Huhu... saya tak tau samada kali ini saya pergi, saya akan lebih kuat atau seperti pertama kali saya pergi... atau lebih teruk... takkan nak pegi setahun... pastu setahun balik Msia semula... pastu nak pegi lagi... Huhu...

Actually, saya mahu beli rumah la... sekarang rumah harga sangat lah mahal... Salah satu cara nya adalah bekerja di luar negara... Boleh lah buat modal kan... Huhu... saya ada time sampai Ogos tahun depan. Kalau saya nak pergi pun... selepas raya... Hmm... kena pikir banyak2 lagi... Supaya tidak menyesal...

Ya Allah... kepada Mu, ku memohon jalan dan petunjuk... Supaya jalan itu terang, dan senang bagi ku untuk memilih. Amin Ya Rabb...


Thursday, December 22, 2011

Ombak Rindu




Akhir ny semalam 
21/12/11
dapat gak lah saya menonton filem 
OMBAK RINDU

sejak mula ditayang kn pada 1/12/11
semlm baru saya dpt tgk
kebetulan keluar bersama2 
kawan sekerja yang nak tgk citer ni
kalau nak ajak encik suami,
macam2 lah alasan yang diberikan
nnti tido lah, berdengkur lah...
sebab dia mmg x berapa gemar nak menonton
wayang nihh... Hehe...

Cerita nya not bad... 
Best jugak, sedih... Sangat menyentuh perasaan...
Saya part sedih2 ni mmg fail...
mesti terlibat sama menangis...
Nasib baik lah gelap kan...

Hehe.... ape2  pun saya sangat 
berpuas hati ngan cerita itu...

Lagu OST Ombak Rindu pun best...
meh layan....



Thursday, December 15, 2011

Alhamdulillah...


Salam,

Apa khabar semua? Ni adalah entry saya yang ke 100.... wah... dah banyak kali kali membebel di sini rupa nya... Hehe... Ntah apa2 yang saya bebel kan pun tak tau lahh... Ade ke orang yang sudi membaca ny.... Walaupon x semeriah mana, follower pun tak seberapa... saya bersyukur... at least ada gak lah yang sudi membaca....

Dan alhamdulillah... saya rasa sedikit ok. Selepa berjumpa dengan Ustaz Nizam semalam di Kuala Selangor.... Rashes yang saya alami hampir hilang keseluruhan nya. Hampir ke 4 minggu mengalami kegatalan yang amat. Bukan apa, mungkin tidak berhati2 dengan keadaan sekitar. Kami yang terlalu excited, sehingga menepikan pengetahuan Mak Ayah kami. Tidak mahu menyalahkan sesiapa. Ini semua dugaan dan ketentuan dari Allah. Saya redha. Lepas ni, kena lah berhati2. Tak mahu kena lagi... Puas Mak Ayah merawat saya, tapi masih teruk dan akhir nya Mak minta pertolongan dan bantuan SIFU mereka... Alhamdulillah... saya dah semakin ok. Surat untuk saya amik unpaid leave dah pun saya taip... Mana lah tau kan kalau2 rashes ni merebak... Hehe... Tu yang Mak suruh saya berjumpa Ustaz Nizam malam semalam. Ustaz Nizam kata ada gangguan jin. Memang saya tak syak lagi... Sejak saya balik kerja hari Selasa hari tu, pemikiran saya sangat kusut. Rasa macam nak pitam, pandangan macam gelap jekk... Kepala pening.... Sampai semalam saya tak tahan, dengan rashes kat belakang yg makin teruk, saya terus cakap ngan Mak. Dia dengan Ayah, terus tengok keadaan saya. Mak nangis, sebab dia tahu siapa punya angkara, dan sebab apa... Kata nya macam susah nak baik... Then mereka terus pergi berjumpa dengan Hj Idris, minta pendapat... Jumpa Ustaz Nizam minta pendapat... Balik, Ayah terus buat kan bedak dari beras ng daun semambu... utk jadi sapuan... Then limau nipis untuk dijadikan mandian... selama 3 hari.

InshaAllah... lama2 ok lah tu. Saya yakin dengan rawatan ini. Semoga rashes saya ni clear sepenuh nya. Dan semoga Allah melindungi kami sekeluarga. Amin Ya Rabb...



Monday, August 1, 2011

Ramadhan Kareem



Salam,

Ramadhan Kareem everyone.... Hari ni hari pertama umat Islam berpuasa. Alhamdulillah, masih lagi sempat untuk menyambut Ramadhan kali ini. Hari ni saya memang request cuti. Memang every year, I tried to take leave for 1-2 days beginning of Ramadhan. Sebab kalau kat negeri Johor... awal Ramadhan dapat PH... so sejak dok KL nih, I'll take AL as konon PH for me... Hehe... Selalu nya saya dan suami akan sambut bersama keluarga. But this year, celebrating sendiri jek. Mak Ayah saya sambut puasa di Riyadh, nak sambut di Ipoh, husband tak dapat cuti. tak pe lah.

Sahur tadi with favourite daging masak kicap + kobis goreng jek. Tak sempat lah nak capture gambar2... Malas pun yek... Petang ni nak masak pe ekk??? Teringin nak buat itu ini, tapi "MIM" yang besar tu... menghalang. Dalam bulan puasa nihh... kuih favourite saya hanya lah karipap ngan popia goreng. Ingat nak try buat karipap lah... Ingat aje lah... Maybe one day... InshaAllah...

Sempena sudah masuk bulan yang mulia ni, saya memohon maaf dan keampunan dari kedua Mak Ayah saya, keluarga, keluarga mertua, ipar duai, saudara mara, dan sahabat handai diluar sana... Okay lah dah masuk waktu Dzuhur... Nanti kita cerita2 lagi... InshaAllah.... Assalammualaikum....

Thursday, March 3, 2011

Sedikit Cerita

Salam,

Alhamdulillah, dah hampir 6mgu saya bekerja... Teramat lah penat hingga nak update blog ni pun macam tak ada masa. Bila dah balik... badan penat. Kerja pulak shif... Haihh...

Rindu juga nak tengok2 blog nihh... ari ni baru ada kelapangan sedikit. Ni pun curik2 masa. Hehe... Sejak mak saya mula bekerja, dia pun dah lama tak menjenguk saya... Hehe... Ade ke pulak kan. Sepatutnya saya yang menjenguk mereka. Ni terbalik la pulak. Yelah kan, sejak ayah pencen... mereka banyak masa untuk melawat anak nya yang bekerja nihh. Rasa macam dah lama tak jumpa mak ayah la pulak. Hehe...

Okay lah, sedikit cerita. Insha Allah... lainkali kita bercerita lagi...

Wasalam...

Monday, November 1, 2010

nk cari keje... nk cari keje...

Salam,

fesbuk mesti ade...
Hah! Skang nihh... semangat tengah berkobar2 utk cari kerja. Kat mana??? Masih di dalam negeri Selangor nihh. Kalau bole nk berdekatan dengan rumah saya. Senang sikit nak drive sendri. Almaklum lah... saya ni penakut orang nya. Dah la last year kat Saudi. Memang tak sentuh la keta husband tu. Skang kalau dia suh bawa jekk... Macam2 alasan. Ni nak kena practice smula. Haha... Tu sebelah... Laptop ngan printer. Nak print surat mintak keje. Kat laptop tu mesti ada fesbuk ehh... Harussss adeee... Kalau tidak tak jadi keje nyer. Haha!

Ha! Yang tu pulak surat ngan resume yang sudah di print out. Dengan fail sijil2. Penting fail tu. Kalau hilang boleh mati lerr... Ada ke plak ekk. Yelahkan... untuk mencari rezeki. Takde meja study... meja makan pun boleh lah dijadikan opis. Hehehe... Sila abaikan penyapu ngan penyodok sampah tu. Tu lepas sapu nasik2 Ammar Zikry yg bertaburan masa dinner tadi.

Alamak... takde sampul surat la plak. Takpe lah... esok nak kumbah2 dalam setor tu... tengok ada ke idak. Anyway... doakan semoga saya dipanggil untuk interview dan berjaya ekk. Amin.

Sunday, October 17, 2010

Percubaan Yg Tak Menjadi... Uhuk!

Huhuhu... dari tajuk mesti dah tahu kn... Projek percubaan nak cuba buat cupcake sendiri, tak menjadi hari ni. Kecewa rasa ny. Rupa ny tak seperti yang diharapkan. Huhuhu. Nak upload gambar pun tak de selera. Memang buruk.

Nampak nya, saya nak kena attend kelas. Hopefully saya dapat jawapan dari empunya blog nihh so saya dapat attend kelas beliau. Sebab saya suka tengok hasil2nya. Jeles lah tengok orang yg dapat attend kelas beliau.

Huhuhu... sungguh kecewa. Tak pe, bole cuba lain kali ekk....

Thursday, October 14, 2010

Rasa Mau Buat Bisnes

Salam,

Zaman sekarang nihh... ramai orang berebut2 nak wat bisnes ekk. Bisnes online dah banyak skang nih... Dari baju, ke kasut, ke henbag... sampai kuih raya pon kat online. Wahh!!! Saya salah sorang customer online bisnes. Tengok orang buat bisnes camni... teringin pulak ingin mencuba.

cantek ekk...
Kepala otak nihh, memikirkan mende nihh dah 2-3ari dah. Tapi nak bisnes ape ekk??? Kalau ikut 'kepakaran'... pakar sangat lah... Saya cuma boleh memasak, membuat biskut raya, dan menolong mak saya membuat bunga telur... Hehehe...

Saya pernah buat bisnes jual kuih raya masa saya lepas SPM. Masa tu raya sama ngan chinese new year skali. So, bertungkus lumus saya sorang2 menyiapkan tempahan... Banyak juga order... Samapai tido pun seblah oven... Melecur jangan lah ckap... Mak saya cuma keluarkan modal... sebab yang order, semua dari kawan2 sekerja dia. Lepas pulangkn duit modal... dapat lah saya membeli sebuah kamera. Yelah... dulu kamera kn pakai kodak. Hehehe... Kenangan tu... Hehehe...

Tapi sekarang nihh... saya dok berkenan ngan cupcake. Comel dan cantik. Cam dalam gambar tu. Ikhsan dr mr gugel. Kalau saya nak buat bisnes nihh... ada ke orang nak beli??? Tak cuba ke tak tau ekk... Tapi saya nak cuba gak. Mane lah tau... rezeki.

InshaAllah... Nanti saya cuba ekk. Pastu kalau cupcake saya menjadi... saya upload. Nanti kalau siapa2 yang teringin... boleh lah order dengan saya. Sokong lah saya.

Thursday, September 23, 2010

selepas 16 hari

Salam,

Hehehe.... selepas 16hari, baru hari ini saya nak update kn saya punya blog. Ni baru saya ada masa terluang. Ni pun tak de lah cerita terbaru sangat. Cuma nak update kan entry saya yang last ntah kan bila.

Selama saya sudah berada di Malaysia, saya berasa sangat gembira. Yelah kan, selain dapat bersama keluarga tercinta, saya dapat menyambut hari raya yang tak semeriah mana... Tak cukup korum lah kata kan. Mana yang ada jekk.

Anak saya pun happy jekk. Masa saya sampai kat airport, dia terus melekap kat saya. Tak macam mula2 saya balik bercuti pada Januari yang lalu... dia macam tak nak kat saya. Sedih sangat masa tu. Sekarang, pantang saya lepa... mesti cari punya. Nak suruh pergi taska pun tak nak. Kalau pergi pun.... nak saya ikut sekali. Kena pujuk pulak... Ingat tak nak hantar dia ke taska selama saya bercuti nihh... tapi rasa rugi pulak untuk dia... At least, kat taska... dia boleh belajar macam2 kan!

Oklah, at least ada something yang saya update kan! Ada masa saya cerita2 lagi... Semoga Allah SWT merahmati anda sekalian. Amin.

Kami sekeluarga
Rasa nya tak terlambat untuk mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR BATIN....

Monday, August 30, 2010

Hepi Besday To Me....yg ke 32...


Salam, 

Hari ni 30 Ogos 2010... bersamaan 32 tahun dah saya dilahirkan... dan 32 tahun juga lah saya hidup menumpang di bumi Maha Esa. Buat pertama kali ny bersendirian di bumi Arab Saudi.... sunyi dan sepi... Walaupun tak pernah nak celebrate... at least ade la gak org nak beli kan kek... ye tak... tapi kali ni, birthday wishes.... semua dari kwn2 di fesbuk... Thank you all my frens... Hanya Allah SWT akan membalas setiap doa kalian....

Setiap tahun bertambah usia, tiada apa yang saya harap kan.... kecuali dari yang Maha Esa saya berdoa, agar dipanjang kan usia... supaya saya sempat melakukan amalan yang di tuntut... dipanjang kan usia supaya saya dapat melihat anak saya membesar.... Di panjang kan usia supaya saya dapat menjejaki ke Tanah Suci Mekah.... Dan diberi kesihatan tubuh badan.

Saya berdoa agar Allah SWT murah kan dan permudahkan rezeki saya dan keluarga. Semoga saya sentiasa berbahagia bersama suami dan anak... Dan dikurniakan cahaya mata.

Saya juga berharap jika segala urusan saya di permudahkan. Semoga di permudahkan perjalanan pulang saya nanti.

Terima kasih atas segala doa dari keluarga, teman2 dan saudara mara. Semoga Allah SWT dapat membalas segala nya. Amin...

Thursday, August 26, 2010

Puasa ke-16

Salam,

Dah masuk puasa ke 16 ekk... kejap jek rase ny.... Macamana ngan persiapan raya anda semua. Untuk saya, semua baju raya telah saya sediakan masa saya balik bercuti pada bulan Januari lalu.  Ye ahh... beli sekali untuk semua ahli keluarga. Hehehe... Senang hati saya, sebab??? Sebab saya dah kargo barang yang tak lepas hari tu. Iaitu... jus2 yang saya beli. Orang kargo kata, tak bole kargo any liquid item or food product. So... sebagai pengajaran, kalau nak kargo jus atau liquid product, make sure you all masuk dalam kotak siap2. Jangan sampai orang kargo tu nampak. So, semalam saya pon masukkan la jus2 tu dalam kotak dan selamat lah di kargo. En Suami... mybe lpas beberapa hari nanti ada lah kawan saya call awak. Ehh! Sori, takde big bike dalam tu... Hehehe... Masih tak mampu nak merealisasi kn impian awak tu. Hehehe...

Kira punya kira... Tunggu punya tunggu... saya ada 11 hari lagi untuk sampai ke hari terakhir di KSA ni. Segala pengalaman yang tak akan saya lupa. InsyaAllah.... Kalau diizinkan Allah SWT dan dipanjangkan umur saya, mungkin saya akan kembali. Tapi tak tau lah bile kan. Orang cakap tak baik cakap yang tak nak datang semula... Entah lah. Tapi kalau saya boleh bawak anak ng suami, why not kn! Yelah tu.

Anyway, Selamat Menyambut Eid Mubarak... Jangan berbelanja sakan yekk... hehehe... tapi time gini ahh kita baru nak sakan ye tak... 

So... jom kite dengar lagu ni ekk... Lagu teringat kan saya pada ayah saya. Kalau mak, saya atau adik saya tak ganti kan baju melayu masa hari raya... dia akan nyanyi lagu ni.

Manusia Miskin Kaya

 

So... anyway selamat menyambut hari raya aidilfitri. Semoga anda kalian mendapat keberkatan dari Ilahi. InsyaAllah... Ameenn...

Wednesday, July 21, 2010

Muka owh Muka....

Salam,

Tetibe jek rase nak citer pasal rupe paras ku ini... Kulit muka skang ni dh x macam dulu... Adakah itu tanda2 penuaan.... Alamak... Tu yang ngeri jekk nak dengar kan... Dulu kulit muka saya berjerawat... berminyak... Lepas jek berumah tangga... jerawat tu kuar skali skala.... tetapi... cheh tetapi tu.... tapi masih berminyak.... skang ni plak dah dok kat saudi arabia... jadi kering... maybe cuaca kot... Nak salah kn cuaca kat Saudi Arabia plak.... Hehehe....

Dulu pakai Hazeline Snow... pastu tukar ke Pond's. Pastu ade gak try Lorealle... btul ke spelling??? Lantak lerr... Pastu pakai Oil of Olan.... sampai lah die tuko name ke Oil of Olay....
Hah! ni skang pakai product ni... Total Effect... rase macam x effect pon. Dah lame gak pakai... Dari M'sia sam la ke Saudi Arabia ni... Dah lah hage kat Saudi Arabis ni lebih mahal dari kat M'sia... Hati teringin nak pakai ni.....


Tapi apa kan daya... ongkos nyerr.... Org smua ckap SKII ni sgt2 la bagus... Hage die pon bagus gak... Mesti korg ckap... ala keje kat Saudi Arabia... xkn x mampu kot... Mmg la boleh... tp klu balik M'sia... kopak gak lerr... Lgpon x jumpe lagi ahh kat Jeddah ni....

Owh... tolong bagi khidmat nasihat pasal penjagaan muka ni.... Ni lah keadaan rupa kulit saya.... Nak upload gambr pon segan... Buruk la sangat2... Huhuhu...


Ini lah rupe saya yang terkini... Sambil2 taip... Sambil2 amik gmbo... Huduh sgt2... Sampai sni dlu ahh... Kalau anda sudi.... bagi lah pendapat.... Jgn la di kutuk rupa paras ku ini....

Sekian....