Showing posts with label Life as Hsewife. Show all posts
Showing posts with label Life as Hsewife. Show all posts

Saturday, January 8, 2011

...tidak bertajuk...

Salam,

Tiba2 jek saya rasa rindu nak baca entry adik saya. Macam dah jarang jek dia update blog dia. Mungkin busy dengan aktiviti dia. Mungkin busy ngan kelas yang dia attend. Di fesbuk pun dia dah jarang.

Kengkadang berdiam diri juga lebih baik kan. Daripada di anggap negatif oleh sesetengah orang. Tapi bila kita berkata pasal mende2 baik, dikata... Bila bercakap mende2 yang tak baik pun dikata. Lebih baik kita tak payah nak ambil tahu pasal orang lain... dan harap2 orang lain tu tak payah lah nak ambil tahu pasal kita. Kan! Atau mereka hanya ingin mengetahui apa yang sedang kami lakukan... Ooppss!

Semoga kehidupa mereka mendapat keberkatan dari Ilahi... Dan semoga Allah SWT sentiasa merahmati kami sekeluarga. Semoga Allah SWT mengukuhkan lagi ikatan kekeluargaan kami walaupun dengan apa jua dugaan yang tiba.

my parents with daughters and grandchildren  without son in-law
Semoga keceriaan dan kebahagiaan kami berkekalan selamanya... Amin

Friday, December 31, 2010

Selamat Tahun Baru


SELAMAT TAHUN BARU

Semoga tahun 2011 ini menjadi tahun yang lebih baik...
walaupun dalam tahun 2010... 
10 bulan dihabis kan di tanah asing....
Namun saya bersyukur, azam yang tak disangkan kan menjadi kenyataan...
iaitu menunaikan umrah, menjejaki ke tanah suci Mekah.
Alhamdulillah, syukur ke atas Allah SWT atas rezeki yang di berikan selama 
berada di bumi Saudi.

Semoga di tahun 2011 ini,
rezeki ku bertambah, semoga dikurniakan cahaya mata
semoga ikatan kekeluargaan kami kukuh,
tabah mengharungi segala cabaran dan dugaan...
Semoga kami berjaya dunia dan akhirat.
InshaAllah, amin

Thursday, December 9, 2010

TAG

Salam,

Nak citer pasal tag2 nihh... to my sister, ZILA and to my kazen, WATIE... terima kasih kerana selalu gak meng tag saya nihh. Bukan eksen atau ape... saya nihh... dah la tak reti2, tak pandai... pastu blog sendiri yang satu ni pun tak ter update. Banyak sangat hutang tag tuhh... Dan mahu minta maap, sbb tak tercapai dek akal akak ni nak menyiapkan... Hehe.... Kalau yang copy and paste tu boleh lah hakak siapkan. Hehe... Lagipun follower nya pun tak seberapa... Hik...hik...hik...

Anyway, thanks again. So pasni, tak yah lah tag saya lagi. Kalau saya dah pandai nanti, boleh kot... Teima kasih. Jangan kecil hati ye. Saya tahu anda semua mahu saya menang juga. Hehe... "pakcik menang moto"

Wednesday, December 8, 2010

:: speaking simple arabic word ::

Salam,

Dah lame tak update blog saya nih. Early this month, saya sekeluarga pergi bercuti ke Pulau Langkawi. Sangat seronok. Tapi, niat untuk naik Cable Car tidak kesampaian, disebabkan cuaca yang tak mengizinkan. So, lepas ni kalau rasa gian sangat nak naik cable car... nak ajak husband gi Genting lah. Lagipun dah lame tak ke sana sejak ada Ammar Zikry. Dia pun tak pernah sampai ke sana lagi. Hehe... Boleh lah... tunggu weekend nanti. Lagipub besday Ammar pun dah dekat. Kire besday treat lah untuk dia. Hmm....

Nape tibe2 saya cakap pasal simple arabic word. Entah lah ekk, tiba2 jek saya rasa rindu nak cakap2 simple arabic word. Macam saya cakap ngan pesakit2 saya masa berada di Arab Saudi... Yelah, nak cakap banyak2 pun... mana lah reti. Setakat untuk tanya dah makan (akhil), air (moya), buang air kecik (bowl), buang air besar (buras), sakit ke idak (fi alam wa mafi). Untuk bagitau hari ni (alyoum), sekejap lagi (ba'dain), sekarang (dahain)... Boleh lah. So, yang jadi mangsa... yelah AMMAR ZIKRY, almaklumlah... pesakit2 saya pun kanak2... hik..hik..hik... Tapi bile dah lama2 keje kat sana, lama2 kite sendri pandai. Kengkadang tu saya macam paham ape parents yg cuba kata kan... tapi untuk menjawab... kena lah panggil translator... Ahaks. Yelah, dorang nihh... kita tny sikit dalam bahasa arab, dorg jawab byk2... so jawapan dari saya... "malaish... anna mafi khalam arabic (maaf, saya tidak tahu berbahasa arab)" dan senyum... terus belah dan panggil translator... hehe... Kadang2 dorg ni pulak tak faham, dorang ingat kalau kita ni muslim... automatik kite bole cakap arab, sebab muslim baca Al-Quran... so mesti lah tau berbahasa arab. Bengang tul kalau dorg cakap camtu... mula lah saya nak naik hangin.... So kena lah explain... yang mmg la kami muslim, tapi kita menggunakan bahasa ibunda kita untuk memahami nya... Bukan nya kita lahir sebagai orang arab.... cam dorg tu. Lahir2 jek dah dengar bahasa arab.

Bahasa arab ni payah gak, sebab ada yang untuk perempuan, dan ada juga untuk lelaki... contohnya kalau kita nak bertanya khabar pada yg perempuan - ki fhalak? (apa khabar?), untuk lelaki pulak - ki fhalik? yang perempuan mesti ada 'A'. tapi tak semua. Macam doktor... doktora utk doktor perempuan, lelaki still panggil doktor.

Hehe... nak ckap pasal ni memang panjang lebar. Saya pun diajar yang simple2 jekk. Cukup setakat untuk bertanya. Kalau lame lagi kat sna, mau khatam kot. Berabuk lah cakap. Ni adik saya balik dari riyadh ni pun bole swoya khalam arabic. Dapat lah lepas gian. Pasni die balik sana semula, belajar... Nanti next balik Msia, dia bole khalam ngan anak dia Darwish pulak. Hehe... tak rugi belajar.


Anyway, shukran for stopping by and read. InshaAllah... ada kesenangan... kita bercerita lagi ekk. Semoga kalian semua dirahmati Allah SWT, inshaAllah.

Ma'assalama...

Tuesday, November 23, 2010

kini kembali...

Salam,

Dah lama juga tak update blog ni. Rasa macam tak de menda nk dicerita kan... Almaklumlah... dok umah jekk... cerita apa yg nak dikongsikan. Hehe... Hari ni saya kembali dengan cerita ni.... Dari tajuk... ingat ape yang dah kembali... :D

Hari ni... saya suruh hubby pos kan surat mintak keje. Rase nyer.... dah time untuk bekerja. Kalau tak bekerja kang... takleh plak nak guna duit untuk shopping.... Ada ke pulak... Hehe... Walaupun hutang tak la banyak mana, tapi saya mesti nak tolong hubby dalam perbelanjaan rumah. Pastu mesti nak kasi mak juga. Hehe. Lagipun, saya sayang dengan lesen jururawat saya. Kalau tak praktis sebagai jururawat, lesen tu terbiar je macam tu. Sebab untuk renew lesen tu setiap tahun, jururawat macam saya ni, kena lah kumpul mata CPD. Apa tu CPD? Boleh la klik kat sini. Penat lah belajar... Ingat senang ke nak jadi jururawat.... Banyak nak kena update tau. Sebab bidang perubatan ni berubah2 mengikut keadaan semasa. Begitu juga Nursing. Berubah mengikut keadaan semasa. Apa yang saya belajar 10 tahun lepas belum tentu boleh pakai atau dipraktikkan utk zaman sekarang ni. Hehe... Panjang nyer.

Saya apply 2 tempat dlu. Nak apply banyak2 kang... kalau semua offer (yelah tu)... dah pening kepala nak pilih yang mana satu. Tapi, inshaAllah, kalau ada rezeki tu tak ke mana kan. Tapi alhamdulillah... setakat ni saya takde masalah nak dapat kerja. Sebab banyak hospital memerlukan jururawat kan! Kalau tak de news dari 2 organisasi tu, saya ada lagi pilihan lain. Tak semesti nya saya bekerja di hospital. Saya masih ada pilihan lain. Bekerja dengan Nursing College. Jadi CI (Clinical Instructor). Supervise pelatih2 jururawat. Cuma kengkadang tu agak memilih, yang mana offer gaji yang besar termasuk dengan benefit untuk diri sendiri dengan keluarga. Pastu ingat kalau dapat gaji yang diminta, nak gak sambung study. Ambik degree. Sekarang semua orang berlumba2 belajar. Dan sekarang ni, Nursing kalau takde degree... macam tak complete ek. Tapi bila tengok keadaan kawan2 yang buat degree... tiba2 jek takde semangat. Yelah tengok dorang punya assignment... macam payah jekk. Hehe...
semasa di National Guard Jeddah, KAMC

Gambar sebelah tu mengimbas kenangan ketika bekerja di Arab Saudi. Pengalaman yang tak akan saya lupakan. Setahun je kat sana. Kenapa setahun je? Orang bertanya. Entah, mungkin Allah SWT takdir kan saya cuma berada disana setahun jek. Saya ni tak cukup kuat untuk menghadapi situasi kat sana... But I am proud to say that i've been there and i've done that... Hehe...InshaAllah, kalau diberi peluang dan ada rezeki... nak kot pegi sna lagi... sebab saya dah rasa apa yang saya rasa. Entah pape ntah....

Ok lah, panjang benar rase nya untuk dibaca. Saya tak sabar nak tunggu keputusan dari 2 organisasi tu. Hek eleh... baru je hantar hari ni, dah tak sabar. Hehe. Sabar aje lah...

So, wish me luck ok. Saya akan update kan apa keputusan ny nanti. Doakan saya.

Sunday, November 7, 2010

Salad Pasta

Salam,
Hari ni dengan tiba2 jek
terasa nak makan salad pasta
tekak rasa nak makan cam mat saleh.
Nasib bek barang2 ada kat dapur.
Meh kita tengok bahan2 ny ekk .

bhan2 ny
Saya guna Spiral Pasta, kentang, timun, 
tomato, daun salad, bawang kuning, mayonis, 
lada hitam garam dan telur...
Pasta kne lah rebus mengikut citarasa 

Ni telur ny.. tgh rebus
 Pastu, campurkan segala bahan2 tu.
Letak la garam, lada hitam secukup rasa.
Mayonis tu ikut ske ahh
kalau buat sendiri... boleh ahh
letak banyak2... ngeh3...
macam gambar kat bawah

campurkn aje segala ny
 Kentang ngan telur saya masukkn kemudian
takut hancur masa tengah excited gaul2...

ni hasilny
So... inilah hasilny. Sedap woo...
Ammar pun ske... tp dia makan pasta, telur 
ngan kentang jekk
Yang lain xmo.
Kena simpan dlm fridge ekk...

Selamat Mencuba!

Saturday, November 6, 2010

meh blaja bersama ammar... yelah tu...


Salam,
Hai! Dah lama saya tak update kan blog saya nihh..
Bila jadi surirumah ni, mcm takde citer menarik nak citer.
Ekk... Meh tgk anak saya belajar...

Mula2 buka buku
 Sila abaikan mahaguru tu ekk.
Tu memang idola kesayangan dia. 
Pape jek...'PAPA'

Tengah syok mendengar      
Tu... tengah syok mendengar citer mahaguru
speaking english.
Haha!
Tapi... pastu... kejap jekk..

ni lah rupa.. bila nmpk flash camera
Ni la jadi nyerr... Pantang nampak
flash camera. 
Belajar ny pun entah ke mana...
Pastu ni lah kejadian nya...

Abis dahh...
Mata tengok tv, rail ketapi dah kuar... 
buku entah ke mana...

Itu lah Ammar Zikry....
Ahaks! 

Monday, November 1, 2010

nk cari keje... nk cari keje...

Salam,

fesbuk mesti ade...
Hah! Skang nihh... semangat tengah berkobar2 utk cari kerja. Kat mana??? Masih di dalam negeri Selangor nihh. Kalau bole nk berdekatan dengan rumah saya. Senang sikit nak drive sendri. Almaklum lah... saya ni penakut orang nya. Dah la last year kat Saudi. Memang tak sentuh la keta husband tu. Skang kalau dia suh bawa jekk... Macam2 alasan. Ni nak kena practice smula. Haha... Tu sebelah... Laptop ngan printer. Nak print surat mintak keje. Kat laptop tu mesti ada fesbuk ehh... Harussss adeee... Kalau tidak tak jadi keje nyer. Haha!

Ha! Yang tu pulak surat ngan resume yang sudah di print out. Dengan fail sijil2. Penting fail tu. Kalau hilang boleh mati lerr... Ada ke plak ekk. Yelahkan... untuk mencari rezeki. Takde meja study... meja makan pun boleh lah dijadikan opis. Hehehe... Sila abaikan penyapu ngan penyodok sampah tu. Tu lepas sapu nasik2 Ammar Zikry yg bertaburan masa dinner tadi.

Alamak... takde sampul surat la plak. Takpe lah... esok nak kumbah2 dalam setor tu... tengok ada ke idak. Anyway... doakan semoga saya dipanggil untuk interview dan berjaya ekk. Amin.

Wednesday, October 27, 2010

tak pueh ati

Nape??? Saya ade order tudung online dari satu blog... saya wat payment 20hb malam dan saya email empunya blog tu... tapi sampai ari ni saya tak dapat2 lagi parcel saya tu. semalam saya bertanya kan pada empunya blog... dia ada specific day ke nak delivery order... and she said yang dia dah anto on 21hb... then dia check untuk saya, and she replied back... said that 2x orang courier datang umah, call tak berjawab. Ada ke patut. saya ni surirumah (buat sementara waktu nihh)... Pastu kalau ada courier datang, mesti tinggal kan slip kn... ni tak ada pun. Tipu apa. Semalam, entah sapa yang tipon... manager kot, dia kata yang sama. Siap check alamat umah. Pastu saya cakap... selama ni saya tak de problem pun dengan courier lain... sampai jek barang2 yang saya order. Pastu dia cakap akan proses dan sampai esok nya yakni ari ni lahh... Ni dah petang... sapa2 tak datang pun... Tak pueh ati tul lahh... Nama kampeni courier ni pun macam tak penah dengar pun... STORK Courier... ada ke???

Oklah, saje jek nak meluahkan perasaan... Korang penah ke mengalami masalah cani? Soba aje lah achik...

Friday, October 22, 2010

R.I.N.D.U




RINDU, hehehe... rindu pada siapa? Semua orang mesti ada perasaan rindu ni kan. Kalau takde, memang bukan manusia kot. Haha!

Saya ni, tiba-tiba je nak cerita pasal rindu. Sebab sejak 2 menjak nihh, saya rindu kan kedua2 arwah atok saya. Alfatihah untuk mereka. Saya memang tak pernah lupakan mereka. Bagi saya hanya mereka atok saya.

Pastu, saya tiba2 rasa rindu jek kat Johor Bahru. Yelah... sejak awal Julai 1997 saya telah berhijrah keluar sari Jb. Dari belajar, sampai lah ke hari ini. Dah berkahwin dan anak seorang, saya masih di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor. Masa belajar, pantang hari cuti...mesti nak balik Jb. Jumpa mak ayah, jumpa atok. Tak sabar nak cuti sebab nak balik Jb. Naik bas... dulu2, macam jauh je kan. Mau 5jam dalam bas... baru sampai Jb. Tapi skang, macam cepat jek. Ye kerr??? Sebab dah lame tak naik bas. Sebelum kahwin pun, rajin gak balik Jb naik bas. Yelah, itu aje transport yang mampu masa tu.

Sekarang ni, macam dah x selalu balik. Sebab mak ayah yang selalu datang. Nak2 lepas ayah pencen. Lagi lah senang. Kami ni kan bekerja. So kena lah plan, baru lah boleh balik.

Saya rindu nak balik Jb, sebab... saya takde keje. Ni dok umah... takde nak wat pape... Rase macam nak pegi jalan2 jekk... Hehehe... Tapi saya ni, macam tak sampai hati nak tinggalkan encik husb kat umah sorang2. Nak suh dia ambil cuti pon... dah hujung2 tahun ni, mana lah ada byk cuti. Bulan 12 ni, nak pegi Langkawi... cuti jugak. Haihh!! Tapi sebelum tu, nak balik untuk raya aji.

Then, saya rindu masa zaman2 sekolah menengah. Saya rase the best memories was when u were in high school. Setuju tak. Kat situ kawan2 semua sekepala kan. Lepas sepuluh tahun baru saya jumpa dengan kawan2 saya... itupun melalui fesbuk. Memang bagus lah fesbuk tu... Ngee.... Sekarang semua dah ada keluarga, anak... ada yang masih single... ntah bila nak kahwin tu. Hehehe...

ni gmbr kat umah kedai
Saya juga rindu pada kawan2 training saya. Masa kat SJMC Nursing College. Nama SJMC tu pun dah bertukar ke Sime Darby... yang saya paling rindu pada hsemate saya... dari kami dok umah kedai... sampai lah kami berpindah ke rumah teres 2 tingkat. Saya rindu sangat zaman2 nih. Kami sangat2 lah sekepala. Sejak kami 1st day kenal, kami sangat lah serasi. Sampai classmate yang lain pun jeles dengan kami. Kami ada roster untuk memasak, mengemas rumah. Masak ikut turn. Dari hari isnin sampai hari jumaat. Sabtu ahad kami tak masak. Sendri cari ekk... sebab kekadang kami kuar. Kami masak berpasangan... 2org setiap hari. Sebab kami ada 10org ahli. Huhuhu.... tapi sayang. Lepas training kami berpisah. Sebab saya dan Nora (roomate) adalah sponsor lain. So kami kena lah ke hospital Pantai Bangsar.
di rumah no 4
Gmbr kat umah kedai tu 10 org. Yang takde dlm gmbr tu... Kak Azi... sebab dia tolong amikkn gmbr tu... Yang ni plak.. tinggal 9org, sebab Baljit takde. Panjang citerny. Biar lah... Apa2 pun saya juga sangat rindu mereka semua ni. Saya berkesempatan berjumpa dengan Farah, masa hari raya baru2 ni. Plan nak jumpa Nora skali, tapi... takde jodoh. Lainkali lah... InshaAllah. Masa saya bercuti ke Sabah pula, sempat pulak jumpa Lin. Jauh2 tidak kami jumpa... Masa kami di KL... payah. Masing2 busy.

miss u guys...
rindu nk msak2 ng mkan2
Sekarang ni pulak... rasa rindu kat kengkawan di Jeddah. Bukan nak balik sana semula. Yelah... selama setahun kat sana... Mereka lah kawan suka duka. Makan sama2, shopping sama2... Hehehe... Rindu nak melepak di rumah no 105 ng rumah no 170... buat masak2, makan2... Owh! Rindu kat umah 171... rindu ngan Kak Emy... kakak
ku... Nanti kalau balik Malaysia... calling2 lahh... Leh wat reunion... Huhuhu.... Jangan lupa saya di sini... setia menanti. Cheh!

Ini je lah entry saya. Panjang yang amat. Saja nak buang masa saya. Apa2 pun saya rindu segala memori yang ada. Semoga Allah SWT merahmati kehidupan kawan2 saya. Semoga mereka sentiasa berbahagia. Amin.