Friday, October 22, 2010

R.I.N.D.U




RINDU, hehehe... rindu pada siapa? Semua orang mesti ada perasaan rindu ni kan. Kalau takde, memang bukan manusia kot. Haha!

Saya ni, tiba-tiba je nak cerita pasal rindu. Sebab sejak 2 menjak nihh, saya rindu kan kedua2 arwah atok saya. Alfatihah untuk mereka. Saya memang tak pernah lupakan mereka. Bagi saya hanya mereka atok saya.

Pastu, saya tiba2 rasa rindu jek kat Johor Bahru. Yelah... sejak awal Julai 1997 saya telah berhijrah keluar sari Jb. Dari belajar, sampai lah ke hari ini. Dah berkahwin dan anak seorang, saya masih di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor. Masa belajar, pantang hari cuti...mesti nak balik Jb. Jumpa mak ayah, jumpa atok. Tak sabar nak cuti sebab nak balik Jb. Naik bas... dulu2, macam jauh je kan. Mau 5jam dalam bas... baru sampai Jb. Tapi skang, macam cepat jek. Ye kerr??? Sebab dah lame tak naik bas. Sebelum kahwin pun, rajin gak balik Jb naik bas. Yelah, itu aje transport yang mampu masa tu.

Sekarang ni, macam dah x selalu balik. Sebab mak ayah yang selalu datang. Nak2 lepas ayah pencen. Lagi lah senang. Kami ni kan bekerja. So kena lah plan, baru lah boleh balik.

Saya rindu nak balik Jb, sebab... saya takde keje. Ni dok umah... takde nak wat pape... Rase macam nak pegi jalan2 jekk... Hehehe... Tapi saya ni, macam tak sampai hati nak tinggalkan encik husb kat umah sorang2. Nak suh dia ambil cuti pon... dah hujung2 tahun ni, mana lah ada byk cuti. Bulan 12 ni, nak pegi Langkawi... cuti jugak. Haihh!! Tapi sebelum tu, nak balik untuk raya aji.

Then, saya rindu masa zaman2 sekolah menengah. Saya rase the best memories was when u were in high school. Setuju tak. Kat situ kawan2 semua sekepala kan. Lepas sepuluh tahun baru saya jumpa dengan kawan2 saya... itupun melalui fesbuk. Memang bagus lah fesbuk tu... Ngee.... Sekarang semua dah ada keluarga, anak... ada yang masih single... ntah bila nak kahwin tu. Hehehe...

ni gmbr kat umah kedai
Saya juga rindu pada kawan2 training saya. Masa kat SJMC Nursing College. Nama SJMC tu pun dah bertukar ke Sime Darby... yang saya paling rindu pada hsemate saya... dari kami dok umah kedai... sampai lah kami berpindah ke rumah teres 2 tingkat. Saya rindu sangat zaman2 nih. Kami sangat2 lah sekepala. Sejak kami 1st day kenal, kami sangat lah serasi. Sampai classmate yang lain pun jeles dengan kami. Kami ada roster untuk memasak, mengemas rumah. Masak ikut turn. Dari hari isnin sampai hari jumaat. Sabtu ahad kami tak masak. Sendri cari ekk... sebab kekadang kami kuar. Kami masak berpasangan... 2org setiap hari. Sebab kami ada 10org ahli. Huhuhu.... tapi sayang. Lepas training kami berpisah. Sebab saya dan Nora (roomate) adalah sponsor lain. So kami kena lah ke hospital Pantai Bangsar.
di rumah no 4
Gmbr kat umah kedai tu 10 org. Yang takde dlm gmbr tu... Kak Azi... sebab dia tolong amikkn gmbr tu... Yang ni plak.. tinggal 9org, sebab Baljit takde. Panjang citerny. Biar lah... Apa2 pun saya juga sangat rindu mereka semua ni. Saya berkesempatan berjumpa dengan Farah, masa hari raya baru2 ni. Plan nak jumpa Nora skali, tapi... takde jodoh. Lainkali lah... InshaAllah. Masa saya bercuti ke Sabah pula, sempat pulak jumpa Lin. Jauh2 tidak kami jumpa... Masa kami di KL... payah. Masing2 busy.

miss u guys...
rindu nk msak2 ng mkan2
Sekarang ni pulak... rasa rindu kat kengkawan di Jeddah. Bukan nak balik sana semula. Yelah... selama setahun kat sana... Mereka lah kawan suka duka. Makan sama2, shopping sama2... Hehehe... Rindu nak melepak di rumah no 105 ng rumah no 170... buat masak2, makan2... Owh! Rindu kat umah 171... rindu ngan Kak Emy... kakak
ku... Nanti kalau balik Malaysia... calling2 lahh... Leh wat reunion... Huhuhu.... Jangan lupa saya di sini... setia menanti. Cheh!

Ini je lah entry saya. Panjang yang amat. Saja nak buang masa saya. Apa2 pun saya rindu segala memori yang ada. Semoga Allah SWT merahmati kehidupan kawan2 saya. Semoga mereka sentiasa berbahagia. Amin.

No comments:

Post a Comment

thank you for ur comment