Thursday, September 23, 2010

selepas 16 hari

Salam,

Hehehe.... selepas 16hari, baru hari ini saya nak update kn saya punya blog. Ni baru saya ada masa terluang. Ni pun tak de lah cerita terbaru sangat. Cuma nak update kan entry saya yang last ntah kan bila.

Selama saya sudah berada di Malaysia, saya berasa sangat gembira. Yelah kan, selain dapat bersama keluarga tercinta, saya dapat menyambut hari raya yang tak semeriah mana... Tak cukup korum lah kata kan. Mana yang ada jekk.

Anak saya pun happy jekk. Masa saya sampai kat airport, dia terus melekap kat saya. Tak macam mula2 saya balik bercuti pada Januari yang lalu... dia macam tak nak kat saya. Sedih sangat masa tu. Sekarang, pantang saya lepa... mesti cari punya. Nak suruh pergi taska pun tak nak. Kalau pergi pun.... nak saya ikut sekali. Kena pujuk pulak... Ingat tak nak hantar dia ke taska selama saya bercuti nihh... tapi rasa rugi pulak untuk dia... At least, kat taska... dia boleh belajar macam2 kan!

Oklah, at least ada something yang saya update kan! Ada masa saya cerita2 lagi... Semoga Allah SWT merahmati anda sekalian. Amin.

Kami sekeluarga
Rasa nya tak terlambat untuk mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR BATIN....

No comments:

Post a Comment

thank you for ur comment