RINDU, hehehe... rindu pada siapa? Semua orang mesti ada perasaan rindu ni kan. Kalau takde, memang bukan manusia kot. Haha!
Saya ni, tiba-tiba je nak cerita pasal rindu. Sebab sejak 2 menjak nihh, saya rindu kan kedua2 arwah atok saya. Alfatihah untuk mereka. Saya memang tak pernah lupakan mereka. Bagi saya hanya mereka atok saya.
Pastu, saya tiba2 rasa rindu jek kat Johor Bahru. Yelah... sejak awal Julai 1997 saya telah berhijrah keluar sari Jb. Dari belajar, sampai lah ke hari ini. Dah berkahwin dan anak seorang, saya masih di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor. Masa belajar, pantang hari cuti...mesti nak balik Jb. Jumpa mak ayah, jumpa atok. Tak sabar nak cuti sebab nak balik Jb. Naik bas... dulu2, macam jauh je kan. Mau 5jam dalam bas... baru sampai Jb. Tapi skang, macam cepat jek. Ye kerr??? Sebab dah lame tak naik bas. Sebelum kahwin pun, rajin gak balik Jb naik bas. Yelah, itu aje transport yang mampu masa tu.
Sekarang ni, macam dah x selalu balik. Sebab mak ayah yang selalu datang. Nak2 lepas ayah pencen. Lagi lah senang. Kami ni kan bekerja. So kena lah plan, baru lah boleh balik.
Saya rindu nak balik Jb, sebab... saya takde keje. Ni dok umah... takde nak wat pape... Rase macam nak pegi jalan2 jekk... Hehehe... Tapi saya ni, macam tak sampai hati nak tinggalkan encik husb kat umah sorang2. Nak suh dia ambil cuti pon... dah hujung2 tahun ni, mana lah ada byk cuti. Bulan 12 ni, nak pegi Langkawi... cuti jugak. Haihh!! Tapi sebelum tu, nak balik untuk raya aji.
Then, saya rindu masa zaman2 sekolah menengah. Saya rase the best memories was when u were in high school. Setuju tak. Kat situ kawan2 semua sekepala kan. Lepas sepuluh tahun baru saya jumpa dengan kawan2 saya... itupun melalui fesbuk. Memang bagus lah fesbuk tu... Ngee.... Sekarang semua dah ada keluarga, anak... ada yang masih single... ntah bila nak kahwin tu. Hehehe...
ni gmbr kat umah kedai |
di rumah no 4 |
miss u guys... |
rindu nk msak2 ng mkan2 |
ku... Nanti kalau balik Malaysia... calling2 lahh... Leh wat reunion... Huhuhu.... Jangan lupa saya di sini... setia menanti. Cheh!
Ini je lah entry saya. Panjang yang amat. Saja nak buang masa saya. Apa2 pun saya rindu segala memori yang ada. Semoga Allah SWT merahmati kehidupan kawan2 saya. Semoga mereka sentiasa berbahagia. Amin.
No comments:
Post a Comment
thank you for ur comment