Hari ni dah masuk Ramadhan yg ke 6... Alhamdulillah... Hari ni akan bermula keje malam. Ni pas sahur tak tido2... hopefully jap lg tido ahh... Kalau Ammar tak kacau... kang itu ini dia nak. Hehe...
InshaAllah... lagi 9 hari Mak Ayah akan pulang... dan 2 hari selepas itu adik sekeluarga pula yang menyusul... Seronok nya, nak berkumpul semula. Last berkumpul semua masa raya haji tahun lepas. Walaupun tahun ni tak dapat berhari raya pertama bersama2... Tahun ni giliran rumah mertua di Ipoh, dan Adik pula dirumah mertua dia di Subang Jaya. Mak Ayah tak kisah, asalkan tahun depan kami dapat berkumpul bersama.... InshaAllah, kalau dipanjangkan umur.
Semalam, ketika bercakap di telefon, Mak nak makan ikan masak terutup... kat sana payah nak jumpa ikan kot... Hehe... Nanti saya masakkan ekk...
Anyway, semoga Mak Ayah, Adik sekeluarga selamat sampai ke tanah air... Semoga Allah SWT melindungi perjalanan kalian... InshaAllah...
No comments:
Post a Comment
thank you for ur comment