Wednesday, October 17, 2012

Siakap 3 Rasa versi saya

Salam,

Hari ni saya nak cakap pasal resepi lah. Hehe... Tetiba je nak post pasal resepi. Suka baca blog resepi kak ida kat Koleksi 1001 Resepi. Berbagai2 jenis resepi yang ada.

Baru je lepas diner, hari ni saya masak siakap 3 rasa...

Bahan2 nya:

1 ekor siakap (saiz sederhana)
1 biji bawang besar - dipotong dadu
1 ulas bawang putih - dipotong dadu
sedikit halia - dimayang halus
3-4 cili padi - dipotong halus
1 biji tomato - dipotong dadu
sedikit nenas - guna nenas lam tin jek..
2 sudu besar sos tomato
2 sudu besar sos cili
2 sudu besar sos tiram
garam, gula secukup rase

Cara2 nya:

Ikan hendaklah dibersihkan dulu, digaul garam dan kunyit. Goreng dan ketepikan. Tumiskan halia, bwg besar dan bwg putih sehingga naik bau. Masukkan cili padi, sos tomato, sos cili dan sos tiram... masukkan sedikit air.. (sebab bila dah masuk sos tu, kuah jadi pekat). masukkan garam dan gula.. (ikut cita rasa masing2 ekk... ) Bila dah cukup rasa, masukkan lah tomato ngan nenas tu tadi... Kacau2, kemudian letak atas ikan siakap yg sudah digorengkan itu... Hiasakan lah dengan daun sup/ daun bawang... Tadaaa.... Sedap dimakan dengan nasi panas.

Selamat mencuba. Chewaahh....

No comments:

Post a Comment

thank you for ur comment